Lagi kes perbuatan maksiat dilaporkan dilakukan tanpa segan silu di masjid. Terbaharu, dua pasangan anak muda dicekup melakukan perkara terkutuk itu di tandas Masjid Baitul Mukhlisin di Kampung Ngaglik, daerah Parang, Indonesia pada Ahad.

Menurut laporan Detik Jatim, pelajar lelaki itu merupakan penuntut di sebuah universiti manakala murid perempuan itu adalah pelajar Madrasah Aliyah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Magetan, Ajun Komisaris Budi Kuncahyo memaklumkan, kedua-dua pelajar itu dari daerah Pacitan namun berbeza mukim.

Katanya, mereka ditangkap penduduk setempat sebelum dibawa ke Balai Polis Parang. Polis juga telah memanggil keluarga kedua-dua pasangan itu.

Ketika tangkapan, ada penduduk sempat merakam insiden itu sebelum videonya tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, kedua-dua pasangan itu hanya menundukkan kepala ketika dimarahi penduduk yang menegur perbuatan mereka berdua-duaan di masjid.

Susulan penularan video itu, rata-rata netizen menganggap surau dan masjid wajar dikunci selepas urusan ibadah kerana dikhuatiri disalahgunakan untuk aktiviti maksiat.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Pasangan Kekasih Bawah Umur Ditangkap ‘Projek’ Dalam Tandas Masjid | Macam manalah boleh tergamak buat benda tak senonoh dalam kawasan masjid ni adik oi?! Situasi ini berlaku di mana penduduk berjaya menangkap kelakuan pasangan kekasih bawah umur yang sedang duduk berdua-duaan dalam bilik mandi masjid.

Walaupun mungkin ada yang kata kejadian ini berlaku di Desa Bendoharjo, Gabus, Jawa Tengah Indonesia dan bukannya di Malaysia, ia tetap menyedihkan bagi kita yang beragama Islam. Kelakuan dua remaja ini berjaya dikesan penjaga masjid dan tersebar video menunjukkan penduduk cuba menarik mereka keluar dari bilik mandi.

Mereka berdua kemudian diarah sekeliling kampung oleh penduduk sebelum di bawa ke balai polis. Keluarga pelajar sekolah menengah ini kemudian terus ke Balai Polis Gabus dan terkejut melihat anak mereka ditangkap.

Namun pihak keluarga terkejut mendapat tahu IF dan AN berada di balai polis kerana ditangkap penduduk ketika hendak melakukan perbuatan keji di bilik mandi masjid. – Kata polis.

Remaja lelaki itu memberitahu penjaga mahu keluar untuk membeli kertas untuk kegunaan sekolah tapi sebaliknya pergi ke masjid yang sunyi untuk buat projek.

 

Artikel menarik lain untuk dibaca juga :

Seorang remaja mengalami hal yang tidak dijangka selepas jiran sanggup ugut bunuh, selain kerap mengancam keselamatan ahli keluarga akibat ditegur mencuri seluar dalam wanita.

Remaja yang tinggal di bandar raya ini itu mendakwa jiran lelaki berusia 40-an terbabit mencuri seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah, malah gemar menghendap.

Katanya, keluarganya mula menyedari perkara itu sejak setahun lalu.

Ujarnya, mereka sekeluarga memang pelik apabila seluar dalam ibu kerap hilang. Awalnya, hanya menyangka ibu pelupa dan tidak meletakkan pakaiannya di tempat sesuai.

Sambungnya, bagaimanapun apabila menyedari ia perbuatan jiran, mereka mula bimbang dan juga pernah mengadu perkara berkenaan kepada keluarga jiran terbabit.

Menurut remaja itu, selepas perbuatan lelaki terbabit dimaklumkan kepada keluarganya, jirannya itu bertindak lebih berani mengulangi perbuatannya, malah menghendapnya ketika berseorangan di rumah.

Katanya, lelaki itu juga bertindak agresif apabila sengaja membaling sisa jubin dan batu ke rumah mereka.

Tambahnya lagi, yang ebih membimbangkan, lelaki berkenaan mengugut mahu memukul dan membunuh. Mereka dikatakan telah membuat laporan polis sejak April tahun lalu di Balai Polis Majidee dan berharap masalah ini dapat diatasi dan tidak berulang.

Jelas remaja berkenaan, berikutan kejadian ini, hampir tiga minggu tidak bersekolah kerana bimbang dengan keselamatan diri.

Keluarga remaja itu membuat laporan susulan di Balai Polis Majidee di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan terbabit.

Menurutnya, suspek sudah ditahan dan direman selama empat hari mulai hari ini hingga 5 November depan bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply