Cara Pengeluaran ASNB Online Menggunakan Aplikasi | Cara pengeluaran ASNB online merupakan satu kaedah untuk pemindahan dana dari ASB ke akaun yang lain. Pengeluaran ASNB online ini dapat dilakukan di website dan juga aplikasi myASNB.

 

 

Untuk mengeluarkan dana dari unit amanah ASNB memerlukan kaedah yang memenuhi syarat-syarat yang berikut. Syarat-syarat ini berbeza bergantung kepada jenis unit amanah yang anda miliki. Sebahagian besar unit amanah ASNB membenarkan pengeluaran dengan mudah, tetapi ada unit amanah yang memiliki batasan had pengeluarannya.

Walaubagaimanapun, pemegang unit disarankan supaya menggunakan kemudahan ini secara berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya amat memerlukan atau berlakunya sebarang hal kecemasan. Dibawah terdapat senarai-senarai informasi yang mungkin anda ingin ketahui.

 

Cara Keluarkan Duit ASB Online

Untuk mengeluarkan dana dari unit amanah ASNB, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran ASB mengikut cara keluarkan duit ASB online berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my 
  2. Pergi ke menu ‘Portfolio’ dan klik dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Seterusnya klik ‘Transaksi’ dan pilih ‘Jualan Balik’ .
  4. Kemudian, klik ‘Seterusnya’.
  5. Seterusnya akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Pastikan maklumat akaun bank itu adalah betul dan isikan maklumat pengesahan pengeluaran.
  7. Setelah itu, duit akan masuk ke akaun simpanan pengguna dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Anda boleh login online banking untuk semak sama ada transaksi tersebut berjaya atau tidak dipindahkan wang tersebut dari ASB ke online banking.

Cara Pengeluaran Duit ASB Online

Di bawah ini ditunjukkan dengan lebih jelas cara pengeluaran duit ASB online.

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB https://www.myasnb.com.my/  dan klik ‘Jualan Balik’ atau ‘Redemption’.

cara keluarkan duit asb online

 

LANGKAH 2

Klik kepada pilihan dana yang diberikan.

LANGKAH 3

Pilih amaun yang ingin dikeluarkan sama ada RM100, RM300 atau RM500 atau tulis jumlah yang ingin dikeluarkan selain daripada jumlah yang tertera. Jika selesai, ‘tick’ pada persetujuan di bawah dan klik ‘next’.

 

LANGKAH 4

Seterusnya, anda akan dibawa ke page “Unit Holder Confirmation” dan klik pada butang “Submit”. Semak semula butiran-butiran untuk pemindahan dana. Pilih untuk membuat verifikasi melalui aplikasi myASNB atau SMS TAC.

LANGKAH 5

Notifikasi akan dihantar untuk tujuan pengesahan pemindahan dana. Masukkan nombor TAC atau sahkan notifikasi tersebut untuk proses pengeluaran wang ASB. Setelah itu, wang berjaya dipindahkan ke akaun bank yang tertera.

 

Had Pengeluaran

Had pengeluaran wang melalui aplikasi myASNB telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk pemprosesan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.

Kenaikan had pengeluaran ini telah dikeluarkan di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB telah bermula pada 3 Mac 2022.

Share.

Leave A Reply