Dalam dunia perniagaan dan undang undang, perjanjian antara dua pihak sering kali adalah aspek yang penting dalam menjalankan perniagaan secara berkesan. Perjanjian ini menetapkan hak dan tanggungjawab kedua dua pihak serta mengikat mereka kepada syarat syarat yang telah dipersetujui. Namun, setelah perjanjian itu telah ditandatangani, ada situasi di mana pihak pihak yang terlibat mungkin perlu untuk membuat perubahan terhadap syarat syarat perjanjian tersebut. Justeru itu, Notis Perubahan Syarat Kontrak atau “Notice of Contract Change” menjadi penting dalam konteks ini.
Notis Perubahan Syarat Kontrak sebagai satu mekanisme yang membolehkan pihak pihak terlibat dalam perjanjian yang perlu dilakukan dalam syarat syarat asal perjanjian. Notis ini sebagai komunikasi rasmi yang diberi kepada pihak lain dengan tujuan memberi tahu mereka tentang yang akan berubah. Dengan adanya Notis Perubahan Syarat Kontrak, pihak pihak yang terlibat dapat faham dengan jelas perubahan yang akan berlaku.
Keperluan yang perlu apabila menulis Notis Perubahan Syarat Kontrak dalam Perjanjian antara dua pihak.
1. Notis Perubahan harus jelas dan tepat. Bermakna notis itu perlu menyatakan dengan lanjut apa yang akan berlaku dalam syarat syarat kontrak asal. Sebarang ketidak jelasan dalam notis perubahan boleh membawa kepada perselisihan di antara pihak pihak yang terlibat.
2. Notis Perubahan Syarat Kontrak juga perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam syarat asal. Proses Penyerahan Notis Perubahan ini penting kerana ia memastikan bahawa pihak yang menerima notis ini telah dapat info yang cukup serta jelas. Jika SOP notis ini tidak dipatuh, ia mungkin tidak sah dan tidak boleh diambil kira oleh pihak yang akan terima.
3. Notis ini juga perlu diberi dengan tanda persetujuan kedua dua pihak yang terlibat. Pihak yang ingin membuat perubahan perlu memberi notis kepada pihak lain dan dapat kan kata putus dari mereka. Tanpa kata putus dari pihak lain, perubahan ini mungkin dianggap sebagai tidak sah dan boleh membawa kepada masalah di masa akan datang.
Contoh Penyampaian Notis Perubahan Syarat Kontrak
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
[Tarikh]
Kepada:
[Nama Penerima]
[Alamat Penerima]
NOTIS PERUBAHAN SYARAT KONTRAK
Tuan / Puan,
Perkara: Perubahan Syarat Kontrak [Nombor Kontrak / Perjanjian]
Kami merujuk kepada kontrak / perjanjian yang telah ditandatangani antara pihak kami, [Nama Syarikat], dan pihak Tuan / Puan, [Nama Penerima], bertarikh [Tarikh Kontrak Asal].
Dimaklumkan bahawa dari notis ini ada perubahan yang perlu dibuat dalam syarat syarat kontrak, seperti tertera di bawah:
1. Perubahan Pertama: [Butiran pertama]
2. Perubahan Kedua: [Butiran kedua]
3. Perubahan Ketiga: [Butiran ketiga]
Perubahan ini adalah berkuat kuasa mulai [Tarikh Kuat Kuasa]. Sila rujuk kepada lampiran untuk maklumat lanjut tentang perubahan ini.
Kami percaya bahawa perubahan ini adalah perlu untuk [ tujuan ] projek / kontrak ini. Oleh itu, kami amat hargai kerja sama Tuan / Puan tentang perkara ini.
Sekiranya Tuan / Puan ada pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut, sila hubungi kami di [Nombor Telefon] atau melalui e-mel di [Alamat E-mel].
Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan ribuan terima kasih atas kerja sama Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
________________________
[Nama Pihak Berkuasa]
[Jawatan Pihak Berkuasa]
[Nama Syarikat]
[Nombor Telefon]
Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :
Contoh Notis Pemindahan Stok Barang
Contoh Pengumuman Program Sumbangan Amal