Dalam dunia yang serba pantas hari ini, mengurus tenaga kerja syarikat dengan cekap adalah penting untuk kejayaannya. Dengan keperluan yang berterusan untuk penyesuaian dan fleksibiliti, dengan menulis “Penyata Perubahan Jadual Kerja” telah menjadi semakin penting.

perubahan jadual kerja

“Penyata Perubahan Jadual Kerja” ialah dokumen yang dibuat pada jadual kerja yang akan berubah. Ini mungkin oleh sebab sebab seperti Kekurangan tenaga kerja atau Keperluan untuk selaras operasi.

Dalam kes Kekurangan tenaga kerja, syarikat mungkin perlu menyusun semula jadual kerja pekerja mereka untuk memastikan tugasan masih di siapkan dengan cekap. Dengan penyata contoh ini, syarikat boleh menyampaikan pelarasan ini dengan jelas kepada pekerja mereka, memastikan semua orang berada pada halaman yang sama. Dokumen ini juga boleh menjadi rujukan untuk kedua dua majikan dan pekerja, bagi elakkan salah faham.

Begitu juga, Keperluan operasi juga mungkin boleh jadi berubah waktu pada jadual kerja. Sebagai contoh, syarikat mungkin perlu melanjutkan waktu operasi untuk menampung projek baharu.

Dengan adanya ” Penyata Perubahan Jadual Kerja”, ini dapat mem bantu dalam proses pengurusan tenaga pekerja mereka, membaik pulih komunikasi dan memastikan operasi berjalan lancar. Dengan menangani isu-isu seperti Kekurangan tenaga kerja dan Perubahan operasi secara pro aktif, syarikat boleh menyesuaikan diri dengan cabaran dengan lebih berkesan.

Contoh Penyata Perubahan Jadual Kerja

Berikut adalah contoh Penyata Perubahan Jadual Kerja khas untuk anda . Anda boleh sahaja tukar yang ada di dalam kurungan dengan butiran yang sesuai untuk kes anda.


PENYATA PERUBAHAN JADUAL KERJA

Tarikh: [Tarikh Perubahan]
Kepada: [Nama Pekerja]
Daripada: [Nama Pengurus / Jabatan]

Perubahan Jadual Kerja

Merujuk kepada keperluan operasi semasa dan bagi memastikan kelancaran tugasan, adalah dimaklumkan bahawa jadual kerja anda akan mengalami perubahan seperti berikut:

Nama Pekerja: [Nama Pekerja]
Jawatan: [Jawatan Pekerja]

Jadual Kerja Sebelum Perubahan:

Hari: [Isnin – Ahad]
Waktu: [Waktu Sebelum Perubahan]

Jadual Kerja Selepas Perubahan:

Hari: [Isnin – Ahad]
Waktu: [Waktu Selepas Perubahan]

Perubahan ini akan berkuat kuasa mulai [Tarikh Berkuatkuasa].

Alasan Perubahan:

[Nyatakan alasan berubah, seperti Keperluan operasi, Kekurangan tenaga kerja, atau Perubahan dalam beban kerja.]

Arahan Tambahan:

[Nyatakan jika ada arahan tambahan atau maklumat penting yang perlu pekerja ketahui tentang jadual kerja yang akan berubah.]

Kami menghargai kerja sama dan pemahaman anda dalam menghadapi perubahan ini. Sekiranya Tuan / Puan ada pertanyaan atau kekeliruan, sila hubungi [Nama Pengurus / Jabatan] di [Nombor Telefon / Email].

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Pengurus / Wakil Syarikat]
[Jabatan / Unit]
[Nama Syarikat]


Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :

Contoh Notis Pemindahan Pejabat Baru

Contoh Pengumuman Perubahan Peraturan dan Dasar Syarikat

Share.

Leave A Reply