Contoh Surat Pemberitahuan Kerosakan Aset Syarikat ini penting dalam beritahu secara rasmi tentang aset syarikat yang rosak, memastikan pihak pengurusan diberitahu dengan tepat dan segera. Dengan ada surat ini, setiap kerosakan dapat direkodkan secara bertulis dan jadi rujukan rasmi, membolehkan pihak pengurusan atau jabatan berkaitan nilai tahap rosak serta ambil tindakan yang sesuai, seperti baik pulih, ganti aset, atau siasat punca aset itu rosak.

Selain itu, surat ini juga bantu jaga integriti dan nilai aset syarikat. Dengan tindakan pantas dan tepat berdasarkan makluman dalam surat, syarikat dapat kurang risiko hilang aset atau tanggung kos baik pulih yang lebih besar akibat kelewatan. Surat ini juga memastikan komunikasi yang jelas antara pekerja dan pihak yang urus dalam tangani isu yang berkaitan dengan aset syarikat, yang penting bagi jaga kelancaran operasi urus niaga dan elak sebarang gangguan.

Dalam konteks pengurusan aset, surat ini fungsi sebagai alat dokumentasi yang sah dan rasmi, yang bukan sahaja jamin tindakan  diambil tetapi juga memudahkan proses rujukan di masa depan. Jika berlaku sebarang salah faham atau semakan inventori, surat ini boleh jadi bukti yang sah bahawa laporan kerosakan telah dibuat pada waktu tertentu dan tindakan yang relevan telah dicadangkang.

 

Contoh Surat Pemberitahuan Kerosakan Aset Syarikat

Berikut ialah format Contoh Surat Pemberitahuan Kerosakan Aset Syarikat seperti yang ada di bawah:

 

[Logo atau Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
[No. Telefon / Email]
[Tarikh]

Kepada:
[Pihak Pengurusan / Jabatan Berkaitan]
[Nama Penerima]
[Jawatan]
[Alamat Syarikat]

Perkara: Pemberitahuan Kerosakan Aset Syarikat

Dengan segala hormat, saya rujuk kepada perkara di atas.

Saya ingin beir maklum bahawa ada kerosakan pada aset syarikat seperti yang berikut:

  • Nama Aset: [Nama Aset]
  • No. Siri / Inventori: [No. Siri atau Kod Inventori]
  • Lokasi Aset: [Lokasi di mana aset tersebut berada]
  • Jenis Kerosakan: [Terangkan secara ringkas jenis kerosakan yang berlaku]

Kerosakan ini telah dikesan pada [Tarikh Kerosakan Dikesan], dan saya telah ambil langkah jangka pendek untuk elak kerosakan lebih lanjut. Saya harap pihak tuan dapat ambil tindakan lanjut untuk baik pulih atau ganti aset ini secepat mungkin bagi jamin operasi syarikat jalan dengan lancar.

Segala perhatian dan tindakan lanjut daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Pengirim]
[Jawatan]
[Nombor Pekerja / No. Telefon]

 

Artikel artikel yang menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Penamatan Kontrak Pembekal

Contoh Surat Permohonan Tukar Jurusan

Share.

Leave A Reply