Surat Perjanjian Sewa Rumah, ialah dokumen rasmi yang menggariskan terma dan syarat menyewa hartanah antara tuan tanah dan penyewa. Ia sebagai perlindungan undang undang untuk kedua dua pihak dan setuju tentang syarat syarat perjanjian sewa.

sewa rumah

Sebab Perlunya Untuk Ada Surat Perjanjian Sewa Rumah

1. Ia dapat mengelakkan salah faham atau pertikaian antara tuan tanah dan penyewa. Dengan menggariskan dengan jelas hak dan tanggungjawab kedua dua pihak, ia dapat mengurangkan konflik yang mungkin akan timbul di hari yang akan datang.

2. Perjanjian sewa menyediakan perlindungan untuk kedua dua tuan tanah dan penyewa. Ia ada tetap kan tempoh kadar sewa, jumlah sewa bulanan, deposit, dan juga terma dan syarat lain yang dipersetujui oleh kedua dua pihak. Ini memastikan kedua dua pihak sedar akan kewajipan mereka dan boleh merujuk semula kepada surat rasmi sekira nya berlaku salah faham.

3. Surat Perjanjian Sewa Rumah adalah dokumen undang undang yang boleh digunakan sebagai bukti sekira nya berlaku perselisihan faham antara tuan rumah dan penyewa. Ia menyediakan rekod yang jelas tentang syarat sewa yang dipersetujui oleh kedua dua pihak dan boleh memberi kepada jalan solusi dengan cara yang adil dan cekap.

 

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Berikut seperti di bawah adalah format dalam menulis Surat Perjanjian Sewa Rumah :

Perjanjian ini dibuat pada [Tarikh Perjanjian]

Antara:

[Nama Tuan Rumah / Pemilik Rumah], No. Kad Pengenalan: [No. Kad Pengenalan], yang beralamat di [Alamat Tuan Rumah] (selepas ini disebut sebagai “Tuan Rumah”);

Dan

[Nama Penyewa], No. Kad Pengenalan: [No. Kad Pengenalan Penyewa], yang beralamat di [Alamat Penyewa] (selepas ini disebut sebagai “Penyewa”).

Perkara 1: Tempoh Sewa

Tuan Rumah dengan ini bersetuju untuk menyewa kan kepada Penyewa rumah yang terletak di [Alamat Rumah] (selepas ini disebut sebagai “Rumah”) untuk tempoh [tempoh sewa, misal nya 1 tahun], bermula dari [Tarikh Mula] hingga [Tarikh Tamat].

Perkara 2: Kadar Sewa dan Pembayaran

Penyewa bersetuju untuk membayar kepada Tuan Rumah jumlah sewa sebanyak [Jumlah Sewa] sebulan, yang akan dibayar pada atau sebelum [Tarikh Pembayaran] setiap bulan.

Perkara 3: Deposit

Penyewa bersetuju untuk membayar deposit sebanyak [Jumlah Deposit], yang akan dikembalikan oleh Tuan Rumah pada akhir tempoh sewa, tertakluk kepada syarat syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

Perkara 4: Tanggungjawab Penyewa

Penyewa bersetuju untuk:

  1. Menjaga dan Memelihara Rumah dalam keadaan baik.
  2. Tidak mengubah suai pada Rumah tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
  3. Membayar bil utiliti seperti Elektrik, Air, dan lain lain yang digunakan dalam tempoh sewa.

Perkara 5: Tanggungjawab Tuan Rumah

Tuan Rumah bersetuju untuk:

  1. Memastikan Rumah dalam keadaan baik sebelum penyerahan kunci kepada Penyewa.
  2. Menyediakan perabot dan kemudahan asas seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian ini.

Perkara 6: Penamatan Perjanjian

  1. Penyewa boleh menamatkan perjanjian ini dengan memberi notis bertulis [tempoh notis, misal nya 2 bulan] kepada Tuan Rumah.
  2. Tuan Rumah berhak menamatkan kontrak perjanjian ini jika Penyewa melanggar mana mana syarat dalam perjanjian ini.
Tandatangan:

[Tanda Tangan Tuan Rumah]
[Nama Tuan Rumah]

[Tanda Tangan Penyewa]
[Nama Penyewa]


Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :

Contoh Surat Rayuan Pengurangan Sewa

Contoh Surat Permohonan Sambung Kontrak Sewa

Share.

Leave A Reply