Covid : Saintis Temui Varian Terbaharu iaitu “Deltacron”. | PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu Covid-19.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

“Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.

Terdahulu dilaporkan Sebanyak 78.5 peratus populasi negara atau 25,647,708 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 setakat Ahad manakala sehingga tempoh sama penerima dos penggalak meningkat kepada 23.9 peratus bersamaan 7,809,058 individu.

Berdasarkan data laman web CovidNow, daripada jumlah keseluruhan individu lengkap divaksinasi berkenaan, seramai 22,881,770 merupakan populasi dewasa dan selebihnya sebanyak 2,765,938 adalah golongan remaja.

Sasaran 80 peratus keseluruhan rakyat Malaysia lengkap divaksin adalah pada 5 Ogos ini.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan 110,258 dos vaksin diberikan pada Ahad melibatkan 910 dos pertama, 1,500 dos lengkap dan 107,848 dos penggalak.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply