Cukai Taksiran DBKL: Semakan & Pendaftaran DBKLBayar | Cukai Taksiran DBKL juga dikenali sebagai cukai pintu, adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran tempatan untuk menampung kos membangun dan untuk kekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Bagi pemilik kediaman / bangunan / tanah di Kuala Lumpur, maka anda perlu bayar Cukai Taksiran kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL).

Cukai ini pada asasnya adalah caj untuk mengekalkan kesejahteraan kawasan setempat seperti bayar bil lampu jalan, kos pembersihan dan lain – lain kos yang dibayar jika perlu.

Kini urusan semakan dan pembayaran cukai taksiran ini lebih mudah, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal khas yang dikenali sebagai DBKLBayar.

Pengenalan DBKLBayar

Portal yang memberi kemudahan pengurusan pembayaran perkhidmatan, paparan penyata bayaran serta dapat melihat kesemua akaun yang anda miliki dengan DBKL.

Portal DBKLBayar ini adalah penjenamaan semula dari CSSP.

Melalui portal ini, anda boleh semak, bayar dan lihat setiap transaksi perkhidmatan yang anda miliki bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti akaun:

  • Cukai Taksiran DBKL
  • Sewaan Perumahan
  • Sewaan Parkir
  • Sewaan Gerai Pasara
  • Sewaan Hartanaha
  • Perbadanan Pengurusan
  • Pembayaran Invois (Kontraktor) dan lain – lain lagi

Cara Daftar DBKLBayar

Ikuti langkah – langkah berikut untuk daftar akaun anda dengan DBKLBayar dan mula membuat bayaran Cukai Taksiran DBKL anda:

  1. Layari laman web https://dbayar.dbkl.gov.my/
  2. Klik pada pautan “Daftar Sekarang”
  3. Lengkapkan info Individu / firma
  4. Semak emel dan aktif kan akaun DBKLBayar anda

Semakan Cukai Taksiran DBKL

Mulai tahun 2024 tiada lagi bil bertulis akan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kini anda boleh semak, bayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang anda miliki bersama DBKL yang boleh diakses dimana sahaja dengan menggunakan jaringan data internet sedia ada.

Setelah anda daftar dan aktif kan akaun anda, anda boleh lakukan terus semakan cukai taksiran DBKL anda terus melalui Dashboard DBKLBayar anda.

Cara bayar Cukai Taksiran DBKL

Bayaran secara dalam talian (online)

Anda boleh bayar terus cukai taksiran ini melalui portal DBKLBayar selepas anda selesai mengaktifkan akaun anda.

Pihak DBKLBayar akan terima bayaran melalui kad kredit / debit, perbankan atas talian dan FPX.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda punyai apa – apa pertanyaan tentang portal DBKLBayar atau Cukai Taksiran DBKL, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di talian 1 800 88 3225 atau 03-2617 9000

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah portal DBKLBayar menjaga keselamatan data peribadi saya?

Login masuk dan kata laluan yang anda cipta adalah perlindungan data peribadi ketika layari portal DBKLBayar.

2. Apakah tindakan keselamatan yang diambil untuk lindungi data saya?

Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bertanggungjawab kepada apa – apa kesan diatas penggunaan apa jua info – info yang berada di dalam Portal DBKLBayar kerana login masuk dan kata laluan yang anda buat adalah kunci keselamatan yang telah diberi oleh DBKL.

3. Apakah itu portal DBKLBayar?

Portal yang memberi perkhidmatan dalam talian bagi melaksanakan urusan yang punyai kaitan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

4. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh diakses melalui portal ini?

Anda boleh semak, bayar dan lihat setiap transaksi perkhidmatan yang anda miliki bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti akaun:

a. Cukai Taksiran

b. Sewaan Perumahan

c. Sewaan Parkir

d. Sewaan Gerai Pasar

e. Sewaan Hartanah

f. Perbadanan Pengurusan

g. Pembayaran Invois (Kontraktor) dan lain – lain lagi.

5. Bagaimana cara untuk akses portal DBKLBayar ini?

Caranya dengan layari https://dbayar.dbkl.gov.my

6. Apakah manfaat dari penggunaan portal DBKLBayar ini?

Pelanggan boleh membuat bayaran secara atas talian, melihat penyata bayaran yang dibuat serta dapat melihat kesemua akaun yang anda miliki dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sumber: DBKLBayar

Share.

Leave A Reply