Detik Cemas Diserang Oleh Kumpulan Gajah Di Jalan Gerik. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :Β  “Kereta bergoncang seakan kami duduk dalam buaian”. Demikian kata Nur Izzatie Zulkifli, 30, ketika berdepan detik mencemaskan. Apabila kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki dihampiri sekumpulan gajah liar di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik ke Jeli pada Sabtu.

Diserang gajah

DALAM PERJALANAN PULANG KE KELANTAN

Nur Izzatie berkata, kejadian sekitar jam 6.50 petang itu berlaku. Ketika dia bersama suami dan tiga ahli keluarga lain dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani, Kedah ke Ketereh, Kelantan.

Menurutnya, semasa menghampiri kawasan Pulau Banding. Secara tiba-tiba kumpulan gajah tersebut keluar dari kawasan hutan berhampiran dan berada di atas jalan menghalang kenderaan.

Katanya, keadaan itu memaksa suaminya yang memandu kereta memberhentikan kenderaan dengan segera. Sementara kereta di hadapan berjaya melepasi kawasan gajah tersebut.

“Semasa gajah itu meluru ke kenderaan, saya hanya fikir kereta kami ini mungkin terbalik.

KERETA BERGONCANG KUAT

“Haiwan itu agak agresif. Bukan sekadar menyentuh cermin menggunakan belalai. Tetapi menekan hadapan kereta di kedua-dua bahagian kiri dan kanan sehingga bergoncang kuat,”. Katanya ketika dihubungi .

Diserang gajah

Usahawan kelulut itu mengakui. Keadaan itu menyebabkan mereka berlima panik dan ketakutan terutama ayahnya berusia 65 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang sehingga mengalami sesak nafas.

Ujarnya, mujurlah gangguan gajah itu berlaku sekejap dan selepas kawanan itu menjauhi kawasan. Mereka berhenti di kawasan selamat untuk menenangkan diri sebelum meneruskan perjalanan pulang.

“Ini pertama kali kami berdepan keadaan seperti ini.

@rahman_nikGajah sekeluarga usha kereta Bezza. Semoga dipermudah urusan tuan kereta

♬ original sound – Abdul Rahman

SUDAH MAKLUM KAWASAN GAJAH

“Sebenarnya kami sudah maklum ini kawasan gajah melintas dan sudah buat persediaan secukupnya untuk berhenti, tidak mengeluarkan bunyi atau menyalakan lampu sekiranya terserempak.

“Walaupun cemas, kami bersyukur kerana semuanya selamat, hanya kereta yang mengalami kerosakan kemik di bahagian depan,” katanya.

Pada Sabtu, tular beberapa rakaman video di media sosial menunjukkan gangguan sekumpulan tujuh ekor gajah ke atas sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza.

Menerusi rakaman tersebut, kumpulan gajah itu dilihat bertindak mengerumuni, menggesel dan menggoncang kenderaan tersebut.

@janhafizan89 Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki didatangi sekumpulan gajah ketika melalui Lebuhraya Timur Barat Gerik–Jeli pada semalam. Kejadian tersebut sempat dirakam dari dalam kenderaan dan dikongsikan di laman sosial miliknya. πŸ“Ή hakimzulkiflii #xyzabc #fypγ‚·γ‚šviral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage ♬ Jamal_Di sudut kamar hatiku – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

NASIHAT KETUA POLIS

Pengguna di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik ke Jeli diminta sentiasa berwaspada dengan kehadiran gajah yang sering berkeliaran di kawasan itu sepertimana rakaman video tular.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pengguna sama sekali tidak digalakkan melakukan provokasi dengan membunyikan hon dan memasang lampu tinggi kerana tindakan itu boleh membahayakan diri.

“Sekiranya terserempak, pengguna perlu menjauhkan diri dari haiwan berkenaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan.

“Tindakan boleh dilakukan termasuklah memberhentikan kenderaan dan membiarkan kumpulan gajah tersebut melintas”.

 

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply