Dikecam Teruk. Akhirnya Ini Tindakan Peniaga Donut Viral. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Akibat terlalu ghairah menggunakan teknik pemasaran melampau bagi menarik perhatian pembeli. Seorang pengusaha donat susu dengan tagline ‘berayaq’ teruk dikecam warga maya. Kerana mempamerkan gaya kurang sopan.
Paling menjijikkan. Apabila pengguna media sosial turut disajikan dengan video tular aksi peniaga berkenaan menyebut perkataan ‘cirit’. Sambil menonggek ketika mempromosikan makanan yang dijualnya.
Susulan itu, peniaga terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf. Dan menjelaskan penggunaan perkataan ‘cirit’ dalam video tular itu adalah atas arahan pihak tertentu.
Selain permohonan maaf. Peniaga terbabit turut menukar nama akaun TikTok yang sebelum ini dikenali sebagai ‘berayaq’ donat susu kepada ‘bertanah’ donat susu.
TAMPIL MOHON MAAF
Pengusaha donut susu yang sebelum ini tular dengan slogan yang dikatakan berunsur kurang sopan tampil memohon maaf dan sudah menukar nama selepas dikritik pelbagai pihak semalam.
Menerusi hantaran di akaun TikTok Aulaida. Pengusaha itu berkata video yang tular baru-baru ini bukanlah idea mereka sebaliknya hanya melakonkan apa yang diarahkan.
“Untuk pengetahuan semua, ‘berayaq’ bermaksud bila makan doh cair dalam mulut dan ‘jet’ itu adalah bermaksud terajang.
“Dan untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah ‘tagline’ (slogan) dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea kami untuk bercakap tentang perkara itu.
“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan. Semoga menjawab semua persoalan,” katanya.
TUKAR NAMA
Menurutnya, mereka juga telah menukarkan nama ‘Donut Susu Berayaq’ kepada ‘Bertanah Donut Susu’.
“Kami menerima segala teguran kalian, dan nama kedua-dua akaun kami telah bertukar kepada ‘Bertanah’,” jelasnya.
Menurut kenyataan itu, pihaknya juga memohon maaf seandainya video mereka telah disalah tafsir netizen.
Semalam media melaporkan tindakan peniaga donat susu di festival makanan di negeri ini yang menggunakan slogan berunsur tidak senonoh dan lucah untuk mempromosikan jualannya dianggap biadab dan tidak bermoral.
Terdahulu Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah, Izharul Khairi Taharuddin berkata kaedah pemasaran itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat umum terutama mereka yang prihatin terhadap perkembangan moral anak muda.
“Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai sebuah perniagaan yang menyertai Fantastic Food Fest by Kak Nab di Stadium Darul Aman yang menggunakan tangline ‘berayaq’ untuk menjual produk donut.
“Penggunaan kata yang dianggap tidak senonoh dan menjijikkan itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat umum, terutama mereka yang prihatin terhadap perkembangan moral anak muda,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sumber : BH