Dipercayai Cabul Wanita Di Tepi Jalan, Seorang Lelaki Ditahan | PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian mencabul seorang wanita di tepi jalan di kawasan Sea Park di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di kawasan Ara Damansara pada Jumaat lalu.

“Pada 28 April lalu, polis menerima laporan dari seorang wanita berusia 20-an yang sedang berjalan kaki dan dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

“Suspek yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka melarikan diri selepas ke arah tidak pasti,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek warga tempatan di kawasan Ara Damansara pada 10.15 malam, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan suspek dikehendaki polis bersabit dua kes iaitu di Wangsa Maju dan Kelana Jaya.
“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,”katanya.

SUMBER: UTUSAN 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Pembantu Jurulatih Selam Skuba Cabul Pelancong Wanita Semasa Berselam

Seorang Pembantu Jurulatih Selam Skuba Cabul Pelancong Wanita Semasa Berselam | Semporna: Pembantu jurulatih selam skuba ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China, di sini, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Asisten Superintendan Arif Abdul Razak berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah penginapan atas air, dekat sini, selepas mangsa membuat laporan jam 10.03 pagi, Sabtu lalu.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa yang berumur 25 tahun itu, kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari Jumaat lalu.

“Mangsa mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) ketika melakukan aktiviti selam skuba di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di sini,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik laporan dibuat, mangsa kemudiannya bergerak ke Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asal.

Katanya, suspek yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba itu ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Terdahulu, kejadian itu tular di Facebook dengan perkongsian beberapa gambar termasuk gambar mangsa dicium ketika melakukan aktiviti selam skuba, selain tangkap layar perbualan suspek dengan mangsa serta laporan polis.

Sumber : HARIAN METRO

Share.

Leave A Reply