Dituduh Anak ‘Cucuk Angin’. Ini Jawapan BALAS YB KJ. | Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan anak Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, mengambil suntikan vaksin Covid-19. Apa yang disebarkan oleh sesetengah pihak, di dalam video itu seolah-olah anak Menteri berkenaan hanya ‘cucuk angin’.

Selepas tersebarnya video fitnah tersebut, akhirnya YB Khairy Jamaludin tampil membuat satu kejayaan di twitter miliknya.

Makin dihentam, makin kuat menongkah arus. Demikianlah perumpamaan tepat boleh ditujukan buat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Mungkin ramai sedia maklum, selaku insan utama dalam sektor kesihatan negara, pelbagai usaha yang dilakukan beliau dalam memerangi wabak COVID-19.

Perjuangan terbesar yang dilakukannya kini adalah menyeru orang awam untuk mengambil suntikan vaksin serta dos penggalak sebagai imunisasi badan.

Dari golongan dewasa sehinggalah ke anak kecil, semua golongan ini disarankan untuk mengambil dos tersebut. Segalanya demi mencapai misi bebas COVID-19.

Semakin ramai kanak-kanak daftar vaksin

Menurut perkembangan terkini, Khairy memaklumkan bahawa kadar pendaftaran kanak-kanak untuk mengambil suntikan vaksin semakin hari semakin bertambah.

Statistik tersebut didapati berdasarkan laporan data yang dikeluarkan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak atau PICKids.

Khairy memaklumkan laporan sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Twitternya hari ini, selain turut menzahirkan luahannya mengenai fitnah awam yang dilontarkan kepadanya.

“Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya di Twitter hari ini.

Share.

Leave A Reply