Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Dituduh Buat Kecoh Persidangan UMNO. Ini Jawapan BALAS DS Idris Haron. | MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjelaskan, kekecohan yang didakwa berlaku ketika Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Klebang Kechil, bukan dicetuskan dirinya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata, mesyuarat berkenaan berlangsung di hadapan rumahnya dan bertukar kecoh selepas kehadiran beberapa pemimpin UMNO Bahagian Tangga Batu.

Katanya, sebagai individu yang telah dipecat keahlian daripada parti, beliau memahami keadaan itu dan tidak langsung mencampuri perjalanan persidangan, namun tetap memberikan kebenaran untuk diadakan di anjung rumahnya atas dasar menghormati masyarakat sekitar.

“Persidangan berlaku di hadapan rumah saya, kawasan kediaman saya. Saya tak campur UMNO cawangan nak bermesyuarat. Mereka di luar dan saya dalam rumah menghabiskan waktu senggang hari Ahad.

“Namun, tiba-tiba kecoh apabila beberapa pemimpin bahagian hadir. Jadi,i saya keluar rumah untuk lihat apa yang jadi.

“Saya ambil mikrofon minta individu itu beredar, bukannya saya nak berucap seperti didakwa. Saya boleh panggil polis, tapi saya tak mahu keadaan jadi lebih kecoh,” katanya.

Terdahulu, Idris didakwa menimbulkan kekecohan apabila cuba mencampuri perjalanan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Klebang Kechil.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kesal dengan tindakan tersebut, kerana mengganggu perjalanan persidangan.

Dalam pada itu, Idris yang juga bekas ketua cawangan di situ memaklumkan, UMNO Cawangan Klebang Kechil telah meluluskan usul supaya Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Mohamad Ali digugurkan daripada jawatan yang disandang.

“Perwakilan sebulat suara meluluskan usul tersebut atas alasan tindakan pemimpin ini telah banyak menyusahkan parti. Saya dimaklumkan tadi, kerana persidangan berlangsung di hadapan rumah saya,” jelasnya.

sumber : UM

Share.

Leave A Reply