Dituduh Guna Sihir. Ini Jawapan BALAS Makwan Latah. | PETALING JAYA – Pelakon senior, Mak Wan Latah enggan menggunakan saluran undang-undang bagi menangkis tuduhan seorang wanita, sebaliknya mengambil individu yang juga kenalan rapatnya itu masalah mental.

Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’adiah Mohd Daud berkata, lebih baik berdiam tidak daripada mengeluarkan komen lanjut berhubung setiap dakwaan memandangkan pihak luar yang tidak tahu perkara sebenar tetap akan terus membuat kecaman.

“Saya tak nak cakap apa-apa. Biarkan dia. Itu otak dia tak betul. Dia nak buat apa-apa pun itu hak dia. Saya tak mahu komen lagi.

“Saya ada Allah. Allah tak fitnah saya. Kalau saya berkata pun kena kecam, tak bercakap pun tetap orang kecam. Sebab itu saya tak mahu berkata apa.

“Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya. Dari dulu pun saya macam ini (tidak mengulas lanjut) dan hingga selama (mana) pun saya macam ini.

“Saya cuma manusia biasa. Ujian demi ujian yang lalui dari dulu . Biarkan berapa lama dia nak bercakap. Janji saya tak buat apa-apa. Kalau menjawab, saya akan jadi macam dia,” katanya kepada Kosmo!Online.

Dramatis berusia 61 tahun itu mengulas tentang video-video dalam sebuah akaun TikTok wanita terbabit mendedahkan sikap sebenarnya Mak Wan yang kononnya, panas baran, mengamalkan ilmu hitam serta mencuri wangnya.

Malah menerusi sebuah portal, wanita yang mengakui menutup sikap buruk Mak Wan selama ini turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, Perak pada Sabtu lalu berhubung kehilangan wang berjumlah RM20,000.

Sebelum ini sekitar April, nama pelakon tersebut turut hangat apabila perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama tiga bulan dengan turut berdepan dakwaan bersikap kasar terhadap bekas suami.

Sementara itu, Mak Wan mengakui isu yang ditularkan wanita tersebut, mengakibat kerjaya seninya turut terkena tempias apabila digugurkan daripada terbabit dalam drama terbitan sebuah syarikat produksi.

“Saya baharu dapat panggilan daripada produksi yang maklumkan nama saya digugurkan bagi penggambaran sebuah drama.

“Tapi tidak mengapa, saya reda dan pasrah. Dia akan merangkak cari saya di sana nanti,” luahnya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply