Doa Nabil Ahmad Buat Ramai Sebak Dan Sayu. Allahu. Ada Video.

| April 27, 2020 | 0 Comments

Doa Nabil Ahmad Buat Ramai Sebak Dan Sayu. Allahu. Ada Video. | Dalam tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, ramai pendakwah mengambil peluang dengan berkongsi dan pengisian agama melalui dalam talian.

Baru-baru ini, seorang selebriti terkenal Malaysia, Nabil Ahmad turut dijemput bersoal jawab sebagai salah satu makanan rohani di dalam bulan yang mulia ini.

Menerusi akaun Instagram, Shuib Sepahtu, beliau telah berkongsi satu video yang memaparkan live antara Nabil Ahmad bersama Ustaz Ahmad Dusuki.

Istimewa sekali apabila program live tersebut diakhiri dengan satu doa yang diungkapkan sendiri oleh Nabil.

Jelas Nabil sebak apabila doa yang dibaca diiringi tangisan jernih di pipi beliau.

Siapa sangka doa yang dibacanya mengundang perasaan sayu dan sebak orang ramai bukan sahaja peminatnya malah rakan-rakan artis turut sama merasainya.

Berikut antara intipati doa yang dibaca oleh Nabil:

Ya Rabb.. Malam ini aku bersyukur dapat bersama-sama Ustaz Ahmad Dasuki dan semua yang menonton kami Ya Rabb.. semoga apa yang kami lakukan ini dan apa yang kami kongsikan ini diberkati dan dikongsi bersama Ya Rabb…

Semoga apa yang kami lakukan, amalan yang kami buat sepanjang bulan Ramadan ini diangkat Ya Rabb…

Ya Rabb.. Kau ampunkan dosa kami Ya Rabb… Kami hamba-hambamu yang sering melakukan khilaf.. Tak ada apa yang boleh menolong kami melainkan kau Ya Rabb..

Kuatkan iman kami, lindungi kami, berkati kami.. Jadikan kami ahli al-Quran dan hamba-hambmu yang ingat akan dikau… Dan.. matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah..

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut sebak mendengar bacaan doa tersebut.

Ini antara komen-komen netizen:

“Terima kasih Nabil. Sebelum Nabil sebak aku sebak dulu… Aamiin Yaa Rabb..”.

“Allah sayang kita sebab itu ALLAH uji kita bersangka baik kepada ALLAH. Terima kasih atas perkongsian”.

Ya ALLAH, semoga wabak penyakit Covid-19 ini segera berakhir dan diharapkan kembali pulih seperti sediakala.

Terima kasih utk doa ni Ahmad Nabil Bin Ahmad…Sama sama kita Amin kan doa ini…Semoga semua sentiasa dilindungi dan dibawah rahmat Allah swt…Allah Sayang Semua. Amin…

Posted by Shuib Sepahtu on Sunday, April 26, 2020

Sumber Video : FB Shuib Sepahtu

Sumber : Sinar Plus

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *