Doktor Ini Dedahkan Bahaya Kuman Pemakan Daging Yang Ramai Orang Tak Tahu. | Gara-gara tercucuk udang mentah yang di beli dari pasar. Waktu mencuci dan membersihkan udang, saya tercucuk berkali-kali dan fikir tiada apa-apa. Selepas sehari, jari saya menjadi hitam dan mengalami demam ringan. Pergi ke klinik 24 jam dan di nasihatkan untuk pergi ke Hospital segera. Malam tu juga di operate dan terlantar di hospital selama 7 hari dan 2 hari di ICU.

Saya di maklumkan terkena serangan bakteria hidup pemakan. Doktor cakap kalau terlambat satu hari, saya mungkin kehilangan lengan. Bakteria tersebut sudah menjalar sampai ke ketiak dan melarat ke bahagian tubuh saya yang lain. Mohon maklumkan keluarga agar berhati-hati saat membersihkan udang mentah atau makanan laut.

Saya ingin memberi komen berkaitan post di atas beserta gambar yang disertakan yang viral beberapa hari lepas. Post asal dibuat di facebook Tarasieuneun. Saya ingin berkongsi mengenai ‘serangan bakteria hidup pemakan’ yang ditulis dalam kisah beliau serta membuat refleksi lebih lanjut berdasarkan gambar yang dikongsi beliau. Ini adalah penting bagi menambah ilmu & memberi kefahaman buat masyarakat kita.

Kondisi kuman pemakan daging (flesh-eating organism) ini disebut sebagai necrotising fasciitis. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis bakteria. Bakteria yang paling kerap menyebabkan kondisi ini dikenali sebagai staphylococcus areus.

Bagi microorganisma laut atau air (zoonotic), organisma yang kerap ditemui termasuk Brucella, Leptospira, Crytopsporidium dan Giardia. Jangkitan kuman ini menyebabkan demam, sakit kepala, rasa seram sejuk (chills), sakit otot, muntah dan cirit birit. Ia sememangnya bahaya dan boleh mengancam nyawa sekira tidak dirawat.

Udang yang dicuci mungkin mengandungi salah satu bakteria ini. Kebiasaanya kulit manusia menjadi pelindung semula jadi (natural barrier) tetapi beliau mendapat masalah ini apabila tercucuk berkali-kali menyebabkan luka (skin breach).

Jangkitan kuman akan menyebabkan jari menjadi bengkak dan mungkin juga bernanah. Ini seterusnya akan menyekat pengaliran darah pada jari menyebabkan jari menjadi hitam dan mati (gangrene) sehingga menyebabkan sebahagian jari beliau perlu dipotong. Bahagian yang telah gangrene tidak akan hidup kembali tuan puan.

Pesakit juga akan mengalami kesakitan (ischaemic pain) kerana darah tidak sampai ke bahagian hujung jari. Selain daripada itu, sekiranya dibiarkan, jangkitan ini boleh merebak ke seluruh tangan dan badan pesakit melalui darah (bacteriamia) dan boleh membahayakan nyawa (septicaemia) pesakit. Ini disebutkan sendiri oleh pesakit sehingga beliau perlu dimasukkan ke ICU selama 2 hari. Rawatan bagi kondisi ini ialah pembedahan di mana bahagian kulit, urat atau otot yang dijangkiti kuman perlu dibuang bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Antibiotik juga akan diberikan bagi membunuh kuman.

Mungkin ada yang bertanya kenapa luka begitu panjang? Pada pandangan saya, luka yang dibuat sehingga tapak tangan itu menunjukkan jangkitan telah merebak sehingga ke lapisan urat jari (flexor tendon sheath) menyebabkan kondisi yang kami sebut sebagai tenosynovitis. Luka panjang ini perlu dibuat bagi mencuci dan membuang jangkitan kuman di sepanjang laluan urat tangan ini dengan sempurna.

Berhati-hatilah ketika memotong udang atau ikan di dapur. Malah jika anda kaki pancing pun sama. Berhati-hatilah. Ada kes saya yang mendapat necrotising fasciitis akibat tercucuk sengat ikan keli, terpijak duri sawit, digigit kucing dan anjing, ditanduk kerbau, disodok babi hutan dan digigit monyet di kebun durian. Jangan main-main dengan binatang.

Anda boleh baca mengenai penulisan saya mengenai necrotising fasciitis (kuman pemakan daging) di https://www.mmgazette.com/kuman-pemakan-daging-manusia-dr-…/

Sumber : FB Mahyuddin Mohamed

Share.

Leave A Reply