Doktor Ini Tergamam Dengar Cerita Seorang Pelajar Perempuan.

| January 25, 2021 | 0 Comments

Doktor Ini Tergamam Dengar Cerita Seorang Pelajar Perempuan. | Seorang doktor dikenali sebagai Redza Zainol di laman Twitter, berkongsi satu kisah sedih di mana seorang pelajar perempuan dipercayai telah dirogol dan dicabul oleh bapa kandungnya sendiri. Kejam!

Dicabul dan dirogol bapa sendiri

Menerusi thread tersebut, doktor ini menceritakan pengalamannya menerima satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang guru kepada pelajar perempuan ini. Laporan tersebut dibuat kerana gurunya, mengesyaki bapa kepada pelajarnya itu telah melakukan salah laku jenayah seksual terhadap anaknya.

Namun, pelajar itu pada mulanya hanya berdiam diri dan tidak mahu menceritakan perkara yang sebenar. Tetapi atas pujukan demi pujukan, pelajar tersebut akur dan tampil menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya selama ini.

Dicabul dan dirogol 3 kali

Jelas pelajar malang itu, dia telah dirogol dan dicabul sebanyak tiga kali oleh bapanya sendiri pada bulan April, September dan Disember. Namun, luahan pelajar tersebut membuatkan doktor itu ‘tergamam’ kerana kejadian tersebut sudah beberapa kali terjadi.

Pada masa yang sama, doktor ini juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Tidak percaya anak sendiri

Namun, apa yang lebih mengejutkan, apabila ibu kepada pelajar perempuan ini bertindak memarahinya dan tidak percaya dengan apa yang telah diceritakan olehnya. Perkara tersebut secara tidak langsung menambahkan lagi tekanan buat pelajar ini.

Doktor Redza juga sempat berpesan, kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa mendengar keluhan daripada anak-anak mereka sendiri.

Malahan, Talian Kasih 15999, perlu digunakan oleh mangsa jika berhadapan dengan kes seumpama ini bagi melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sumber:  Doktor Redza Zainol

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *