Doktor Temui Sesuatu Yang Tak Dijangka Di Dalam Perut Pesakit.

| September 23, 2020 | 0 Comments

Doktor Temui Sesuatu Yang Tak Dijangka Di Dalam Perut Pesakit. | Dipercayai melakukan prank bersama rakan-rakan, seorang lelaki Mesir dipercayai telah menelan telefon bimbit dan ia kekal di dalam perutnya selama tujuh bulan, lapor Gulf News.

hp

Peranti tersebut dikesan di dalam perut lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia menjalani ultrasound di sebuah hospital negeri di wilayah Benha, utara Kaherah.

Seorang perunding pulmonary tumours dan pakar bedah jantung, Dr Mohammed Al Jazar, berkata bahawa ultrasound tersebut menunjukkan kewujudan telefon bimbit di dalam lelaki itu.

“Pesakit telah dirujuk ke jabatan pembedahan umum di hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan,” ujarnya.

Memetik laporan portal berita separa rasmi, Akhbar Al Youm, pesakit dilaporkan menelan peranti itu sejak tujuh bulan yang lalu semasa bergurau dengan rakan-rakannya tanpa memberitahu kepada ahli keluarganya.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KESIHATAN, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *