Doktor Terkejut Temui Janin Dlm Perut Seorang Bayi. | Satu kes perubatan yang jarang berlaku membabitkan penemuan janin dalam perut seorang bayi berusia 40 hari di Motihari Bihar telah meraih perhatian ramai, lapor NDTV.

Menurut laporan, bayi tersebut pada mulanya telah dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk mendapatkan rawatan kerana perut kembung.

Difahamkan, bayi itu tidak dapat membuang air kecil dengan baik disebabkan oleh masalah perut kembung yang dihadapinya.

Doktor dari Pusat Perubatan Rahmania, Dr Tabrez Aziz telah memeriksa bayi itu dengan melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengenal pasti punca sebenarnya.

Apabila keputusan diketahui, doktor terkejut selepas mendapati terdapat janin di dalam perut bayi itu.

Dr Tabrez berkata dalam istilah perubatan, kes itu dipanggil sebagai ‘Foetus in fetu’.

Menurutnya, ia adalah kes yang jarang berlaku dan kebiasaannya hanya dialami pada satu dalam setiap lima juta pesakit.

“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah dikenal pasti dimana janin dilihat berkembang di dalam perut bayi berusia 40 hari.

“Ia dipanggil fetus dalam janin. Bayi itu telah menjalani pembedahan, keadaannya stabil,” katanya.

Bayi itu kini dilaporkan sudah sihat dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber: Siakapkeli

Share.

Leave A Reply