Dua Pelajar Hilang Selama 5 Hari, Ditemukan Sudah Tidak Bernyawa di Dalam Kereta. Punca Masih Menjadi Tanda Tanya. Dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditemui meninggal dunia di dalam kereta selepas hilang selama lima hari. Punca kematian masih dalam siasatan. Baca selanjutnya.

KUALA LUMPUR: Dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditemui meninggal dunia di dalam kereta selepas dilaporkan hilang selama lima hari oleh keluarga kedua-dua pelajar.

Dua pelajar tersebut ialah Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul.

Menurut keluarga mangsa, dua pelajar tersebut ditemui meninggal dunia di dalam kereta jenis Alphard, di Jalan Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, sekitar Ahad malam.

Pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras turut mengesahkan kejadian tersebut, namun setakat ini tiada kenyataan dikeluarkannya berhubung kejadian itu.

Kedua-dua mangsa kini sedang dibedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sumber: SumberKini

Share.

Leave A Reply