Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2023. Ini Cara Mohonnya | Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi meringankan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menggalakkan mereka untuk berdikari melalui pekerjaan yang dilakukan.
Berita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja, kini anda berpeluang untuk memperoleh elaun khas iaitu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU). Kerajaan terus memberi perhatian kepada kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk golongan itu melalui Belanjawan 2024.
Insentif kerajaan yang wujud di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini bertujuan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja supaya mampu hidup berdikari di samping menjadi ahli masyarakat yang harmoni.
ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
Elaun ini diberi secara bulanan kepada OKU yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat penilaian, sebelum kelulusan elaun ini samp kepada OKU yang layak. Pekerja orang kurang upaya juga memerlukan sokongan dan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan mereka lakukan tugas mereka dengan baik.
EPOKU yang sebelum ini dikenali sebagai Elaun Pekerja Cacat (EPC) adalah bantuan bulanan yang diberi kepada Orang Kurang Upaya bagi membantu orang OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari seterusnya menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada negara.
Oleh itu, jika anda ingin memohon Elaun Pekerja Cacat, beberapa perkara ini anda perlu ketahui sebelum mengisi EPOKU.
KADAR
RM450 sebulan seorang.
TUJUAN
- Insentif ini diberikan untuk bantu OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;
Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang telah maktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian bantuan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan akan dikaji untuk dinilai bagi ketahui bahawa kelayakan itu adalah sah untuk bantuan kepada pemohon. Urusan ini sesuai dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada yang layak dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan ini, pemohon diminta membawa dokumen penting yang lain semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
BORANG YANG BERKAITAN
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut tentang Belanjawan 2023, anda boleh layari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda dapat info yang sahih dan tepat. Maklumat lanjut tentang program lain di dalam Belanjawan 2023, anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan.
Sebarang info lanjut dari Kerajaan bersama kita nantikan dan kami akan berikan anda info penting dari masa ke semasa. Seterusnya, info lebih lanjut yang datang dari bantuan ini boleh dilihat di Portal Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
Sebarkan Bantuan Warga Emas/? JKM 2023 Kepada Semua
Diharapkan agar artikel Bantuan Warga Emas JKM 2023 ini memberi manfaat kepada insan yang layak. Sebarkan laporan atau info bantuan ini kepada sahabat, jiran atau orang lain yang anda rasa layak untuk terima bantuan ini. Beringatlah bahawa mereka juga salah seorang dari kita, tetapi perlu lebih banyak bantuan serta dorongan.
Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat