Elemen Penting Dalam Hasilkan Logo Perniagaan Yang Menarik | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :
Penghasilan logo adalah satu elemen penting dalam perniagaan untuk bina identiti jenama yang kuat dalam pasaran. Logo ini mainkan peranan untuk bentuk persepsi dan beri kesan kepada semua orang yang melihat. Ia juga salah satu alat promosi untuk buatkan orang ramai ingat akan produk dan servis kita.
Oleh itu reka bentuk dalam penghasilan logo bukan dengan tujuan menarik perhatian Sahaja tetapi untuk kuat kan lagi Branding anda dan ada beza dengan pesaing yang lain. Oleh demikian ada 3 elemen penting dalam hasilkan logo perniagaan yang menarik untuk perniagaan anda.
WARNA
Pemilihan warna untuk logo sangat penting untuk beri pengaruh terhadap persepsi jenama anda. Hal ini dapat di selesai kan dengan anda faham Bagai mana psikologi warna berfungsi. Selain itu, harus kenal pasti apa teras warna untuk hasilkan logo perniagaan milik anda.
Hal ini kerana kenal pasti teras warna untuk logo kita adalah penting untuk tunjuk kan identiti jenama perniagaan pada ramai. Hal in juga dapat bantu untuk nampak beza dari produk atau servis yang seakan sama dengan milik kita.
SAIZ
Dengan memastikan logo di buat dalam skala dan ukuran yang betul adalah penting untuk kekal kan integriti yang tersendiri. Ini juga mengambil kira tentang teks dan grafik yang boleh di baca dan di faham dengan mudah oleh orang ramai.
Selain itu, logo yang ingin dibuat tidak perlu diregangkan atau diperluaskan untuk dimuatkan ke dalam ruang tertentu. Hal ini kerana ia akan jejas kan kualiti asal logo itu terutama jika ingin iklan kan melalui media cetak.
FONTS
Seterusnya adalah pemilihan font atau jenis tulisan yang sesuai. Jika logo anda ingin berdasarkan teks atau ingin letakkan teks pada logo itu. Penting untuk pastikan font atau jenis tulisan itu sesuai dan jelas untuk mudah di baca oleh pelanggan.
Selain dari pada font untuk diletak dalam logo, mana-mana tagline, font website atau pun media cetak harus kekal sama untuk bantu kukuhkan jenama kita
Oleh itu 3 perkara ini perlu di titik berat dalam proses hasil logo untuk perniagaan anda. Logo tidak hanya sekadar sebuah Branding atau jenama sahaja. Tetapi ia adalah alat komunikasi dalam dunia pemasaran sejak dari dahulu lagi.
Penghasilan logo yang baik akan buka peluang untuk anda beri impresi yang kukuh dan stabil kepada orang ramai, sekaligus menunjukkan visi, misi dan tujuan organisasi secara visual dan berkesan.
Masih tak tahu cara nak naikkan Branding perniagaan anda supaya dapat tarik perhatian ramai. Khalifah Media Networks boleh bantu untuk selesaikan masalah anda.
Berminat untuk kami bantu??? boleh TEKAN LINK ini sekarang.