Elon Musk Enggan Sertai Lembaga Pengarah Twitter. Elon Musk telah menolak tawaran untuk menjadi salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Twitter dan merasakan ia adalah pilihan yang terbaik buat semua pihak. Baca selanjutnya.

elon

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Twitter mengesahkan Elon Musk menolak tawaran untuk menyertai barisan lembaga pengarah syarikat media sosial itu.

Sebelum ini, syarikat media sosial itu mengumumkan Musk akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Twitter.

Pengasas SpaceX itu dinamakan untuk menyertai barisan lembaga pengarah Twitter selepas beliau membeli saham utama di firma itu sekali gus menjadi pemegang saham terbesar.

“Musk memutuskan untuk tidak menyertai lembaga pengarah kami.

“Pelantikan Musk sebagai ahli lembaga pengarah berkuat kuasa secara rasmi pada 9 April lalu namun beliau menolak tawaran itu pada hari yang sama.

“Saya percaya keputusan itu adalah terbaik untuk semua,” kata Parag Agrawal menerusi satu ciapan di Twitter.

Minggu lalu, hartawan terkemuka itu mendedahkan pembelian 73.5 juta saham atau 9.2 peratus pegangan daripada saham biasa Twitter.

Selasa lalu, Agarwal mengumumkan Musk akan menyertai barisan lembaga pengarah Twitter.

Sumber: Utusan

Share.

Leave A Reply