Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Faisal Halim Buat Penampilan Sulung Di Padang. Ini Reaksi Penyokong. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :  Penampilan sulung sayap Selangor FC, Faisal Halim pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) menjadi perhatian ramai.

faisal

Kemunculan pemain berusia 26 tahun itu menerima tepukan dan sorakan ramai penonton sekali gus menggegarkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Biarpun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama, penampilan pemain sayap Harimau Malaya pertama itu di padang selepas menjadi mangsa insiden simbahan asid mengundang sebak ramai.

Faisal

Faisal yang memakai topeng berona hitam pada muka dilihat melakukan sujud syukur sebelum melangkah masuk ke padang untuk sesi memanaskan badan.

Warga maya tidak dapat menyembunyikan perasaan pilu dan sebak menyaksikan kemunculan Faisal. Rata-rata meluahkan terharu dengan semangat ditunjukkan pemain itu.

Ujar mereka:

“Masya-ALLAH welcome back! Real hero.”

“Comeback stronger, fly higher Faisal. Kami di belakangmu.”

“Kuasa ALLAH. Mereka ingat simbah asid dia tak boleh main bola dan tiada semangat untuk hidup. Namun ALLAH kurniakan semangat yang tinggi, hati yang kuat dan tabah. Kepada pelaku tunggu hari pembalasan daripada ALLAH.”

“Saya sebak tengok. Kuatnya semangat Faisal, ALLAH mahu kita tengok supaya kita ada semangat itu.”

“Kepada pelaku, puaskah hati lihat Faisal begini? Ambil tahulah struggle dan susah payah orang cari duit.”

Terdahulu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden menimpa Faisal yang cedera dipercayai disimbah asid sulfurik pekat dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan dilaporkan mengalami kelecuran tahap dua di sebuah pusat beli-belah.

 

Dua suspek yang menaiki motosikal tersebut didakwa turut mengucapkan ‘good luck’ kepada Faisal sebelum menyimbah cecair kimia tersebut ke arahnya.

Sebelum ini melaporkan bapa kepada seorang cahaya mata itu mengalami kecederaan teruk pada muka, pipi, hidung, mulut, badan hingga pergerakan dan percakapannya terbatas.

Serangan berkenaan menyebabkan Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka lecurnya.

Anak kelahiran Mengkuang Titi, Seberang Perai, Pulau Pinang itu dibenarkan discaj daripada hospital pada 25 Mei lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, dia menjalani proses rawatan fisioterapi untuk memulihkan pergerakan tangan kirinya yang melecur akibat simbahan asid.

Pemain nombor tujuh itu juga melakukan senaman menguatkan paru-paru untuk mendapat kecergasan semula.

Sumber : Naluri Kini

Share.

Leave A Reply