Gerai Pisang Goreng Tepi Jalan Tapi Gaji Basic Pekerja MELETOP!.KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu. Telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Parlimen. Antara perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025. Menjadi perhatian ramai adalah tentang kadar gaji minimum yang akan dinaikkan kepada RM1,700 berbanding RM1,500.

gaji basic

Pengumuman yang dibuat oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan itu. Mendapat pelbagai respon namun rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang bergaji minimum menyambut baik perkara itu.

Peniaga pisang goreng tepi jalan beri gaji ‘basic’ pada pekerja RM2,000

Pun begitu, baru-baru ini tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang juga pemilik gerai pisang goreng di tepi jalan memberi gaji minimum agak tinggi kepada pekerja-pekerjanya.

Menurut pemilik gerai pisang goreng itu, bayaran yang diberikan adalah setimpal dengan penat lelah pekerjanya menggoreng pisang dan menjualnya kepada orang ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @destinasitv, lelaki yang dikenali sebagai Pak Yeop itu memberi gaji ‘basic’ sebanyak RM2,000 kepada pekerja-pekerjanya.

Gaji Basic

 

Pekerja jual pisang goreng siap dapat bonus akhir tahun

Bukan hanya membayar gaji ‘basic’ sebanyak itu, lelaki terbabit turut memberikan bonus tahunan kepada setiap pekerjanya itu.

“Saya bagi diorang ‘basic’ RM2,000. Hujung tahun diorang ada bonus. Tahun ini pun kata orang, satu orang bonus RM2,000,” katanya.

Menurut Pak Yeop, bayaran yang diberikan itu adalah setimpal dengan penat lelah mereka menggoreng pisang dan menjualnya kepada orang ramai.

Anak sendiri jadi pekerja tolong ibu bapa berniaga pisang goreng

Pun begitu, pekerja-pekerja terbabit bukanlah orang asing bagi Pak Yeop kerana mereka adalah anaknya sendiri yang sentiasa ada di waktu susah dan senang dia bersama isteri berniaga pisang goreng.

“Ini sebenarnya perniagaan keluarga, saya pun tak tahu bila kan? Akhirnya besok akan ke arah diorang juga (perniagaan pisang goreng),” katanya lagi.

Untuk info, gerai Pak Yeop yang dikenali sebagai Uncle Yeop Goreng Pisang itu terletak di Seksyen 19, Shah Alam.

Selain menjual pisang goreng, gerai Pak Yeop juga menjual keledek jari goreng, keropok losong, keropok lekor nipis dan kuih-muih.

 

@destinasitvNiaga Pisang Goreng Tepi Jalan Boleh Dapat BONUS!! 📍Uncle Yeop Pisang Goreng

♬ original sound – destinasitv

 

Sumber Video : TT DESTINASI TV 

Share.

Leave A Reply