Guna WhatsApp Business Sebagai Alat Marketing Harian
| KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Kenapa guna WhatsApp Business sebagai alat marketing harian? Ramai peniaga masih anggap WhatsApp cuma tempat ambil order.
Tapi hakikatnya, WhatsApp Business adalah alat marketing paling dekat dengan pelanggan, lebih personal dan pantas kalau tahu cara guna hari-hari.
Kalau anda buat bisnes kecil, freelance, atau agensi, platform ini boleh jadi senjata harian anda untuk edukasi, engage, dan jual secara halus.
1. Broadcast Bukan Spam — Kalau Guna Dengan Nilai
Ramai takut guna fungsi broadcast sebab risau pelanggan ‘left’.
Tapi jika anda bagi nilai — seperti tips ringkas, promosi khas, atau content harian bermanfaat , orang akan tunggu mesej anda setiap hari.
Contoh:
-
“3 tips nak jaga tudung agar tak berbulu”
-
“Hari ni ada free template IG story ,nak?”
Buat gaya macam kawan hantar mesej, bukan macam syarikat push iklan.
2. Guna Katalog Untuk Mudahkan Jualan
Ramai tak tahu, dalam WhatsApp Business ada fungsi katalog.
Anda boleh letak gambar produk, harga, dan link ke pembayaran. Pelanggan boleh terus klik & beli tanpa perlu tanya satu-satu lagi.
Sangat sesuai untuk:
-
Stokis / agent
-
Bisnes produk fizikal
-
Freelance servis (design, edit, kelas)
3. Label & Auto-Reply Jimatkan Masa
Tak semua mesej perlu dibalas sendiri. Guna:
-
Label (untuk tapis pelanggan baru, repeat customer, atau yang belum bayar)
-
Auto-reply (untuk mesej di luar waktu kerja atau soalan FAQ)
Ini buat anda nampak teratur & profesional, walaupun kerja dari rumah atau buat semua sendiri.
4. WhatsApp Sebagai Mini CRM
Guna WhatsApp untuk:
-
Follow up pelanggan lepas seminggu
-
Ucap “terima kasih” lepas pembelian
-
Minta feedback atau testimoni
Bila anda layan pelanggan dengan personal & konsisten, mereka akan lebih mudah repeat beli dan recommend kepada orang lain.
5. Integrasi Dengan Tools Lain
WhatsApp boleh diintegrasikan dengan:
-
Google Sheets (untuk tracking order)
-
Meta Ads (untuk klik iklan terus ke WhatsApp)
-
Chatbot ringan (untuk filter soalan)
Ini bantu automasi kerja, walaupun anda team solo.
Kesimpulan
WhatsApp Business bukan sekadar tempat reply mesej. Ia boleh jadi alat pemasaran harian yang powerful, murah, dan dekat dengan pelanggan jika diguna dengan strategi yang betul.
Nak jadikan WhatsApp sebagai mesin jualan harian anda?
Khalifah Media Networks boleh bantu susun strategi konten, buat skrip broadcast & bina katalog WhatsApp khas untuk bisnes anda.
Klik LINK ini sekarang untuk mula tarik pelanggan guna platform yang mereka paling kerap buka WhatsApp!
Artikel menarik untuk dibaca:
Contoh Surat Permohonan Menyertai Kelas Kemahiran Komputer
Contoh Surat Akuan Sumpah Pemilikan Kedai