Mustaqeem

‘Hang Tak Tahan Sejuk Dari Dulu’. Rakan Sebak Lihat Keadaan Arwah Mustaqeem Di Puncak Gunung.

“Aku ingat hang injured berat patah ke, ACL (ligamen krusiat anterior), MCL (ligaman kolateral medial), PCL (ligamen krusiat posterior) semua.


KUALA LUMPUR: Seorang rakan Allahyarham Mustaqeem Mansoor, pendaki yang maut di Gunung Liang ketika menyertai ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser terkilan kerana mangsa ditinggalkan berseorangan hanya kerana kekejangan otot.

Dalam satu perkongsian di Facebook, rakannya yang dikenali sebagai Fahmi Pawzi turut meluahkan rasa kecewa jika benar kumpulan pendaki lain meninggalkan Allahyarham Mustaqeem untuk mengejar ‘pace’ atau kelajuan pendakian.

LUAHAN RAKAN ARWAH

“Dia tinggal hang sorang-sorang sebab hang injured (cedera). Dia cakap dekat aten (isteri Allahyarham, Nur Faratin Mohd Othman), injured hang tu ‘cramp’.

“Aku ingat hang injured berat patah ke, ACL (ligamen krusiat anterior), MCL (ligaman kolateral medial), PCL (ligamen krusiat posterior) semua.

“Sebab ‘cramp’ je dia tinggal demi nak kejar ‘pace dia. Betul ke dia kawan baik hang Mus? Dia cakap dia tak tinggal, kenapa dia sampai bawah dulu dah tau kaki hang sakit?,” soalnya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam.

Media sebelum ini melaporkan Mustaqeem, 34, bersama 10 lagi pendaki memulakan pendakian mereka pada 10 Oktober di Bukit Fraser dan dijadualkan menamatkan ekspedisi mereka di Gunung Liang.

Allahyarham kali terakhir dilihat berada di puncak Gunung Liang Barat bersama seorang lagi individu pada jam 10.30 malam, 14 Oktober.

ARWAH MEMANG TAK BOLEH JIKA SEJUK

Beliau dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan dilihat berjalan dengan perlahan sebelum dilaporkan hilang.

Bedah siasat mayat Allahyarham mendapati beliau meninggal dunia akibat hipotermia.

Fahmi dalam perkongsian sama turut meluahkan rasa sedih apabila melihat foto sahabatnya itu yang terbaring kaku di puncak Gunung Liang.

Katanya, Mustaqeem yang dikenalinya sememangnya tidak tahan cuaca sejuk.

“Mus bila tengok gambar hang bawah beirut (tempat berteduh sementara) tu, nampak hang tutup kepala selubung badan penuh. Aku dengan cidot (rakan) teringat bila dalam bilik dulu hang tak boleh sejuk. Hang tutup selimut badan hang.

“Hang tak boleh sejuk dari dulu, macam tulah bomba jumpa hang. Daus cakap post mortem badan hang macam fresh sebab kawasan atas tu sejuk,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan sahabatnya itu yang disifatkan sebagai sahabat sejati dan selalu ada saat diperlukan.

“Mus, ramai yang ambil perhatian pada kau, ramai Mus. Walaupun kau kesejukan sorang-sorang, maafkan kami Mus. Kami semua sayang hang Mus,” katanya.

 

Sumber  : BH

Share.
Leave A Reply