Hanya Mampu Pandang Van Bawa Jenazah Suami Depan Rumah. | Pemergian insan tersayang sememangnya memberikan kesan cukup mendalam. Kini tiada lagi kedengaran suara dan gelak tawa mereka kerana yang tinggal hanya memori dan air mata sebagai peneman.
Barangkali, situasi itu sedang dirasai seorang wanita yang kehilangan suami tercinta dipercayai akibat Covid-19.
Seorang pengguna TikTok dikenali @raxxziey berkongsi rakaman video yang menjentik emosi warga maya.
Masakan tidak, seperti kita sedia maklum waris pesakit Covid-19 mampu menatap dari jauh dan tidak berpeluang menyentuh dan cium, apatah lagi menguruskan jenazah insan tersayang.
Situasi itu dapat dilihat menerusi video berkenaan apabila esak dan tangisan menemani wanita terbabit.
Lebih memilukan apabila anak-anak bertanya dan minta didukung untuk melihat ke dalam van jenazah.
Anak-anak kecil tersebut tidak mengetahui bahawa jenazah di dalam van berkenaan adalah bapa mereka.
“Bye papa.” itulah perkataan terakhir diucapkan oleh anak-anak kecil.
Si isteri tidak dapat menahan kesedihan tatkala melihat van membawa jenazah suaminya meninggalkan mereka lalu menuju ke tanah perkuburan.
Rata-rata warga maya menzahirkan takziah kepada wanita terbabit. Semoga beliau dan anak-anaknya tabah dan cekal menghadapi ketentuan ALLAH.
Turut memberikan komen ialah salah seorang saudara kepada keluarga ini.
@raxxzieySalam Takziah buat Akak .. semoga Akak kuat hadapinya Amin . sedih pulak tengok anak 2 org xthu apa lg 😔