Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Harga Barang Naik Mendadak. Ini Komen DS Najib Razak. | PETALING JAYA: Najib Razak berkata beliau sudah pun memberi amaran pada awal tahun ini bahawa dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan inflasi lebih tinggi pada bulan seterusnya, sekali gus menepis dakwaan beliau tidak mahu berdebat mengenai isu kenaikan harga barang yang semakin membarah.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kenaikan mendadak harga barang ketika ini berpunca daripada dasar fiskal, buruh dan ekonomi kerajaan PN sejak tahun lalu serta “lockdown” separuh masak yang dilaksanakan begitu lama mengakibatkan kekurangan bekalan dan perubahan permintaan yang tidak konsisten.

Katanya, sejak Februari beliau sudah memberi amaran kegagalan kerajaan Muhyiddin Yassin menetapkan harga lantai bahan api dan menarik semula semua subsidi elektrik serta-merta akan menjadi punca inflasi naik mendadak.

“Bukan sebab GST (cukai barang dan perkhidmatan) atau hanya sebab pemantauan harga barang oleh kerajaan ketika ini.

“Berdasarkan apa yang saya lihat ketika itu, saya dah ramal inflasi akan menjadi masalah besar pada separuh akhir tahun ini walaupun kerajaan PN asyik menafi. Kata inflasi akan terkawal,” katanya di Facebook.

Najib, antara pemimpin yang agresif memberi cadangan dan mengkritik dasar kerajaan PN, berkata beliau sudah pun mencadangkan kerajaan PN menggunakan mekanisme automatik untuk mengawal harga ayam dan telur agar kekurangan bekalan tidak berlaku.

“Bukan hanya dengan mengenakan kawalan harga, yang sebenarnya memburukkan keadaan dan membawa kepada kekurangan bekalan, yang akhirnya akan naikkan harga ayam dan telur dengan jauh lebih tinggi.

“Tapi apa saya mampu buat sebab menteri-menteri ‘bijaksana’ mengawal dasar kewangan dan ekonomi kerajaan gagal PN terdahulu tak mahu dengar?” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Pekan itu berkata bagi mengawal kenaikan mendadak harga barang, kerajaan perlu menaikkan secara berperingkat cukai durian runtuh bagi harga minyak sawit diproses untuk diagihkan sebagai subsidi dedak dan subsidi gaji pekerja tempatan.

Sebelum ini FMT melaporkan keluhan penternak ayam berhubung kenaikan harga jagung, kacang soya dan minyak sawit mentah yang merupakan bahan untuk membuat dedak, makanan utama ayam.

Najib berkata, jika isu kenaikan bahan asas tersebut tidak dapat diselesaikan bermakna pengeluaran ayam dan bekalan stok akan berkurang.

Selain itu, Najib mencadangkan kerajaan membenarkan pekebun dan penternak mengambil pekerja asing sekiranya masih gagal mengambil pekerja tempatan.

Katanya, setiap negeri juga perlu menyediakan tanah bagi skim pertanian seperti Felda untuk memberi peluang kepada generasi baharu peneroka pertanian.

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply