i-Saraan KWSP 2024: Pendaftaran, Semakan & Kelebihan | Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan atau turut dikenali sebagai i-KWSP adalah salah satu inisiatif yang diperkenal oleh KWSP. Ia bagi menggalakkan golongan yang bekerja sendiri atau tiada sumber pendapatan yang tetap untuk mencarum secara sukarelawan.
Program i – Saraan KWSP Diteruskan Lagi Untuk Tahun 2024 Dengan Beberapa Penambahbaikan.
Kerajaan dan KWSP telah wujudkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai iSaraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap seperti suri rumah untuk membuat Caruman Sukarela untuk tujuan Persaraan.
Lebih menarik lagi, ahli yang mencarm juga akan terima caruman tambahan dari pihak kerajaan.
Selain itu, banyak info menarik yang ada Di Sini.
Penambahbaikan iSaraan KWSP 2024
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI membawa penambahbaikan bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program iSaraan dan iSuri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing – masing ditingkatkan pada tahun 2024.
Untuk tahun 2024, had caruman bagi program iSaraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5000 seumur hidup.
Perubahan jumlah insentif caruman padanan untuk program iSaraan ini adalah antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan untuk memperkukuh masa depan persara dan jaminan pendapatan ahli KWSP.
Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, kerajaan telah membawa insentif caruman sepadan sekitar 15% dari jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak / penuhi kriteria.
Bagi setengah tahun pertama 2023, usaha ini sekitar RM28 juta telah diberi kepada 211,361 ahli di bawah program iSaraan.
Apakah iSaraan KWSP?
Mungkin ramai lebih tahu tentang iSuri, namun iSuri terhad dengan syarat – syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal yang berdaftar dengan eKasih.
Manakala iSaraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon iSuri.
Bertujuan memberi bantuan kepada golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk carum secara sukarela mengikut kemampuan.
Antara tujuan pengenalan iSaraan KWSP:
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui bantuan Insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain manfaat bantuan dari kerajaan, ada juga manfaat lain yang kita akan peroleh dari iSaraan KWSP ini.
Faedah iSaraan KWSP
-
- Insentif Khas
– Menerima insentif khas dalam 15% dari jumlah caruman hingga ke RM500 dalam tahun semasa.
– Had faedah ini seumur hidup sekitar RM5,000 atau capai umur 60 tahun yang mana lebih awal.
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
- Insentif Khas
- Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
- Bantuan Kematian
Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
- Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.
Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP
Tiada perubahan kepada syarat – syarat kelayakan iSaraan iaitu:
- Mendaftar sebagai ahli KWSP
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun ke bawah
- Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.
*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pengasuh bayi
- Ejen terima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik Perniagaan (pemilik tunggal/ rakan kongsi) yang membeli dan menjual barang /servis
- Pemilik Perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
Cara Daftar & Saluran Pembayaran
Tiada caruman minimum yang telah tetap bagi setiap bulan.
Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:
LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (iAkaun) ATAU APLIKASI iAkaun KWSP
Laman web iAkaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
ATAU
Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan INI untuk pendaftaran iSaraan.
LANGKAH : TEKAN MENU REGISTER ISARAAN
LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA DAN SAHKAN PENDAFTARAN
Jika berjaya, anda akan terima notis seperti berikut:
LANGKAH 4: BUAT CARUMAN
Akhir sekali, anda boleh lah buat caruman secara online atau manual melalui amaun yang anda mahu.
Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
1. Perbankan Elektronik
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
3. Ejen Bank Berdaftar
4. Kaunter KWSP
Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri dan juga KWSP Muar
Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum
Ahli layak terima bantuan khas melalui caruman padanan sekitar 15% dari jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli untuk terima bantuan khas ini sekitar RM500 setahun, ahli perlu mencarum paling kurang dalam RM3,334 setahun.
Rujuk jadual di bawah:
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Tahun Semasa |
Amaun Insentif Khas |
---|---|---|
Ahmad | RM 1,000 | RM 150 |
Baba | RM 3,334 | RM 500 |
Kevin | RM 5,000 | RM 500 |
Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala melalui caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan dikredit ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya dari Kerajaan.
Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP
- MyKad
- Borang i – Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i – Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Maklumat Lanjut
Sebarang info lanjut tentang iSaraan KWSP boleh disalur melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03 – 89622 6000
SUMBER: Laman Web KWSP