i-Saraan KWSP 2024: Pendaftaran, Semakan & Kelebihan | KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.
Penambahbaikan i – Saraan KWSP 2024
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyaksikan penambahbaikan bantuan tunai apabila had caruman padanan Kerajaan di bawah program i – Saraan dan i – Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing – masing ditingkatkan pada tahun 2024.
Untuk tahun 2024, had caruman bagi program i – Saraan KWSP naik kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup
Perubahan jumlah caruman padanan untuk program i – Saraan ini adalah antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan kepada masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP.
Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, Kerajaan telah menyumbang caruman sepadan sekitar 15% dari jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada caruman yang layak / penuhi kriteria.
Bagi setengah tahun pertama 2023, insentif Kerajaan sekitar RM28 juta telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i – Saraan.
Apakah i – Saraan KWSP?
Mungkin ramai lebih tahu tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat – syarat yang diberi ; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.
Manakala i – Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun wanita yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela sesuai dengan kemampuan mereka.
Antara tujuan wujud i – Saraan KWSP:
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui bantuan untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, ada juga manfaat lain yang kita akan peroleh dari i – Saraan KWSP ini.
Faedah i – Saraan KWSP
- Insentif Khas
– Menerima insentif khas sekitar 15% dari jumlah caruman hingga maksimum RM500 dalam tahun semasa.
– Had insentif seumur hidup sekitar RM5,000 atau capai umur 60 tahun yang mana lebih awal.
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
- Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
- Bantuan Kematian
Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
- Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.
Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP
Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:
- Mendaftar sebagai ahli KWSP
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun ke bawah
- Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.
*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
- Petani/ Nelayan/ Pemandu Teksi
- Peniaga Kecil/ Penjaja/ Peniaga Pasar Malam/ Peniaga Uptown
- Pengasuh Bayi
- Ejen Menerima Komisen (cth: Ejen Insurans, Ejen Hartanah)
- Freelancer (cth: Terima bayaran selepas memberi Perkhidmatan sebagai Deejay, Penyanyi, Pelakon, Jurulatih Kesihatan, Perunding)
- Pemilik Perniagaan (Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi) yang membeli dan menjual barang / Perkhidmatan
- Pemilik Perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik Praktis Sendiri (cth: Akauntan, Doktor, Peguam)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
Cara Daftar & Saluran Pembayaran
Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.
Rujuk cara untuk daftar seperti berikut:
LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP
Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
ATAU
Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i – Saraan.
LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’
LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN
Jika berjaya, anda akan dapat notis seperti berikut:
LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN
Akhir sekali, anda boleh buat caruman secara online atau manual melalui amaun yang anda mahukan.
Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
1. Perbankan Elektronik
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
3. Ejen Bank Berdaftar
4. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri turut serta KWSP Muar
Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum
Ahli layak terima insentif khas melalui caruman padanan sekitar 15% dari jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sekitar RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang – kurangnya RM3,334 setahun.
Rujuk ilustrasi di bawah:
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Tahun Semasa |
Amaun Insentif Khas |
---|---|---|
Ahmad | RM 1,000 | RM 150 |
Baba | RM 3,334 | RM 500 |
Kevin | RM 5,000 | RM 500 |
Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan diberi ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya dari Kerajaan.
Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP
- MyKad
- Borang i – Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i – Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan tentang iSaraan KWSP boleh disalur melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03 – 89622 6000
Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
ATAU
ATAU
Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan