Ibu Lembu ‘Menangis’ Ketika Serahkan Anak Kepada Lelaki Ini Untuk Dijaga.| Alangkah beratnya si ibu untuk meninggalkan anaknya buat selama-lamanya. Inilah yang terjadi kepada seekor ibu lembu yang sakit selepas lahirkan anknya. Gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa sedihnya si ibu untuk melepaskan anaknya kepada seorang lelaki.

Tingkah laku haiwan kadangkala memberi petunjuk untuk menjadi pedoman buat manusia supaya dapat berfikir dengan lebih baik.

Freser hanya seekor lembu dan dia juga baru menjadi ibu, tetapi dia berterima kasih dan berasa bersyukur kepada seorang lelaki bernama Ismael kerana telah membantunya.

Ketika itu, Freser berhadapan dengan kesukaran ketika melahirkan anak lembu pertamanya.

Freser membalas kasih sayang dan rasa terhutang budinya kepada Ismael dengan memberi ciuman.

Walaupun sesudah dia selesai melahirkan anaknya dengan selamat, Freser terus menangis.

Ya, percaya atau tidak ibu lembu bernama Freser ini terus menangis, air mata jatuh berjujuran di sisi wajahnya.

Lebih-lebih lagi ketika itu, tahap kesihatannya tidak menunjukkan sebarang petanda yang baik.

Keadaan Freser amat lemah sebaik sahaja melahirkan anaknya, Savi. Sehingga untuk berdiri pun dia tidak mampu.

Doktor haiwan yang memeriksanya tidak dapat menemui pendarahan.

Bahkan dia memeriksanya sampai ke rahim dengan sarung tangan, tetapi tidak menemui kesan pendarahan.

Dan Freser terus menangis.

Mungkin dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Selepas anaknya selamat dilahirkan, Freser terus menjilat dan mencium Ismael, seolah-olah ingin mengatakan sesuatu, “Jaga baik-baik anak saya, percayakan anda!”

Ini adalah tanda selamat tinggal terakhirnya, sebelum dia berangkat ke satu tempat yang jauh, meninggalkan anaknya hidup bersendirian tanpa ibu.

Freser percayakan si kecil Savi untuk dijaga dengan baik oleh Ismael.

Pada keesokan harinya, selepas selamat melahirkan anak lembu betina itu, Freser menemui ajalnya dengan tenang.

Bermula sejak itu, Ismael menepati janjinya kepada Freser.

Ismael kini menjaga Savi, bersama dengan lembu-lembu lain di Fundacion Santuario Gaia (Gaia Sanctuary Foundation)

Share.

Leave A Reply