Ibu Terkejut Anak Umur 13 Tahun Bersalin. | KOTA BELUD – Seorang ibu seperti hilang kata-kata apabila anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan bayi di rumah mereka, di sebuah kampung di daerah ini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, wanita berkenaan tersedar daripada tidur sebelum mendapati anaknya sedang membersihkan badan seorang bayi perempuan.

Ekoran kejadian itu, wanita tersebut terus membawa remaja bersama bayinya ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh sepupu lelakinya yang berusia 14 tahun.

“Hasil siasatan awal turut menunjukkan mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek remaja lelaki berkenaan kini sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu petang semalam, untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply