TERKINI Kes Zayn Rayyan : Ibu Bapa Adik Zayn Rayyan Di Bawa Ke Kediaman Mereka. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Ramai rakyat Malaysia sedang menanti siapakah pembunuh sebenar adik Zayn Rayyan Abdul Mateen yang ditemukan meninggal dunia pada akhir tahun 2023 lepas.

zayn

Kini polis sedang menahan ibu bapa adik Zayn Rayyan untuk siasatan selanjutnya. Menjadi teka teki rakyat Malaysia siapakah pembunuh adik Zayn Rayyan yang sebenar.

Pelbagai spekulasi yang timbul selepas polis menehan kedua ibu bapanya.

Difahamkan, hari ini pihak polis membawa kedua ibu bapa adik Zayn Rayyan pulang ke rumah mereka. Dipercayai untuk melakonkan semula kejadian. Ikuti berita selanjutnya.

DIBAWA PULANG KE RUMAH

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen di bawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini. Dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati pasangan terbabit yang tiba kira-kira jam 10.15 pagi. Menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

ANGGOTA POLIS MEMBAWA PATUNG

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa  Rayyan.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei lalu.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya selepas dilaporkan hilang.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply