Imam Meninggal Dunia Ketika Hendak Sujud. ADA VIDEO. |Setiap Muslim pasti mendoakan agar pengakhiran hidupnya (mati) seperti yang diimpikan iaitu mati dalam keadaan “Husnul Khatimah. Apatah lagi jika Allh mengambil nyawa kita ketika kita sedang bersujud padanya.

Kematian yang dicemburui, seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhon Si Thammarat.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu.

Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat.

Menurut kiriman tersebut, Allahyarham yang dikenali sebagai Imam Haji Hashim juga merupakan Timbalan Ketua Majlis Agama Islam itu.

Pun begitu, punca kematiannya tidak diketahui.

Ramai yang ‘cemburu’ dengan kematian tersebut dan juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Share.

Leave A Reply