“Ingat Gajah Takkan Dengar…” Apa Jadi Lepas Tu Buat Netizen Terdiam! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Dalam kebanyakan insiden pertemuan dengan gajah liar di jalan raya. Detik-detik cemas dan mendebarkan seringkali menjadi paparan utama. Namun, lain pula kisah seorang lelaki yang baru-baru ini tular. Apabila aksinya menghalau gajah dengan tenang dan bersahaja seolah-olah sedang berbicara dengan manusia, mencuri perhatian netizen.
Video berdurasi 2 minit 11 saat yang dimuat naik oleh Mohamad Amir Faizal Mohd Zaki di TikTok memperlihatkan beliau dengan selamba ‘mengusir’ seekor gajah yang menghalang laluan jalan raya di kawasan berhampiran Empangan Pergau, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.
Gajah Akur Seperti Faham Bahasa Manusia
Apa yang lebih mengagumkan. Gajah tersebut seolah-olah memahami ‘arahan’ yang diberikan dan secara perlahan-lahan berundur masuk semula ke dalam hutan. Tindakan penuh yakin Amir ini bukan sahaja mengundang rasa kagum. Malah ramai pengguna media sosial memintanya berkongsi petua ‘menundukkan’ haiwan liar sebesar itu.
Namun, menurut Amir. Tiada ilmu khusus digunakan selain mengamalkan bacaan Bismillah, zikir, dan doa Nabi Sulaiman setiap kali berhadapan dengan haiwan liar. Beliau yang merupakan sukarelawan Skuad Sungai Petani Response Team. Menceritakan detik tersebut berlaku ketika beliau sedang melakukan rondaan keselamatan kira-kira jam 5 petang, 12 April lalu.
@mohdamirfaizalRONDAAN PEMANTAUAN KESELAMATAN DI JALAN GERIK JELI pada 12. 04.2025…♬ In the Lifetime – Melodia Simples
Rondaan Demi Keselamatan Orang Ramai
Sejak November 2023, Amir, 47, telah menjalankan rondaan secara sukarela di laluan tersebut demi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya yang terletak di kawasan pedalaman itu. Dengan menunggang motosikal dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah, Amir sanggup menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer, kadangkala turut membawa isteri dan anak untuk beriadah bersama di kawasan Banjaran Titiwangsa.
“Saya buat rondaan untuk bantu pengguna yang mungkin alami kemalangan, tayar pancit, pokok tumbang atau apa sahaja yang perlukan bantuan segera,” jelas Amir, sambil menambah bahawa kawasan itu memerlukan masa hampir satu jam untuk pasukan penyelamat tiba jika berlaku kecemasan.
Pernah Terserempak Harimau, Ini Nasihat Amir
Lebih mengejutkan, Amir turut mendedahkan bahawa dia pernah terserempak bukan sahaja dengan gajah, malah dengan harimau semasa membuat rondaan. Beliau turut memberi pesanan penting kepada orang ramai agar tidak berhenti mengambil gambar apabila terserempak dengan haiwan liar.
“Jangan berhenti atau perlahankan kenderaan, teruskan perjalanan. Haiwan seperti gajah tidak suka manusia berhenti untuk ambil gambar. Elakkan juga beri makanan kepada haiwan liar,” tegasnya.
Kini, setelah video tersebut tular, Amir turut berkongsi amalan-amalan rohani yang diamalkan secara konsisten sepanjang melakukan rondaan – amalan yang kini menjadi inspirasi kepada ramai.
Kisah Mohamad Amir Faizal bukan sekadar memperlihatkan keberanian, malah mencerminkan nilai keikhlasan dalam membantu sesama manusia dan makhluk lain. Dalam dunia yang serba moden ini, pendekatan rohani dan keberanian seperti ini jarang-jarang kita temui – dan sewajarnya dijadikan teladan.
@mohdamirfaizal Membalas kepada @gathisleymah ♬ Boundless Worship – Josué Novais Piano Worship