Ini Antara Ganjaran Lumayan Untuk Para Atlet Yg Menang Pingat. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : PARIS: Ketika Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak memberikan hadiah wang kepada pemenang di Paris 2024. Banyak negara dan wilayah menawarkan insentif kepada atlet mereka yang pulang dengan pingat emas, perak atau gangsa.
Kebanyakannya berbentuk ganjaran wang. Tetapi ia mungkin menjadi lebih berbeza – sama ada pengecualian daripada khidmat tentera hingga ke kereta, lembu, pangsapuri dan juga penghantaran makanan percuma.
Korea Selatan
Pingat Olimpik, tidak kira apa warna sekalipun. Membolehkan atlet dikecualikan daripada khidmat tentera wajib selama 18 bulan. Yang perlu dijalani setiap lelaki negara itu sebelum berusia 28 tahun.
Pingat emas pada Sukan Asia turut meraih kelebihan itu. Yang mana bintang bola sepak Son Heung Min lakukan di Jakarta pada tahun 2018 untuk mengelak daripada terbabit dalam latihan ketenteraan yang meletihkan.
Enam pemanah negara itu pada Tokyo 2020, yang merangkul empat daripada lima emas. Semuanya diberikan kereta oleh Hyundai, yang menaja pasukan itu.
Poland
Pemenang pingat emas acara individu menerima hadiah wang tunai 250,000 Zloty (RM285,000). Pangsapuri dua bilik, berlian, lukisan dan baucar percutian.
Pemenang pingat perak dan gangsa turut menerima hadiah wang dan hadiah sampingan.
Indonesia
Apriyani Rahayu dan Greysia Polii, yang menang pingat emas beregu wanita pada Tokyo 2020 tiga tahun lalu. Dijanjikan ganjaran rumah baharu daripada pemaju perumahan hingga ke restoran bakso daripada seorang pempengaruh media sosial.
Apriyani turut dijanjikan lima ekor kerbau. Sebidang tanah dan sebuah rumah daripada ketua wilayah kampung halamannya di tenggara Sulawesi. Menurut agensi berita nasional Antara.
Satu lagi laporan menyebut perusahaan PT Pegadaian menjanjikan kedua-duanya 3 kilogram emas.
Menteri Pelancongan Sandiaga Uno berkata. Mereka boleh menikmati percutian percuma di lima destinasi utama pelancongan negara republik itu.
Jordan
Apabila atlet Ahmad Abu Ghaush memenangi pingat emas pertama negara itu. – Kategori 68kg taekwondo lelaki di Rio – jawatankuasa Olimpik kebangsaan negara itu memberikannya 100,000 dinar Jordan (RM635,000) dan jurulatihnya separuh daripada jumlah itu.
Abu Ghaush turut menerima banyak ganjaran dan hadiah daripada syarikat tempatan. Termasuk sebuah kereta dan seutas jam mewah. Manakala Raja Abdullah II menganugerahkannya pingat First Class Order of Distinction.
Filipina
Atlet angkat berat Hidilyn Diaz menerima ganjaran kerana memenangi pingat emas pertama Filipina pada Tokyo 2020 dengan dihadiahkan dua hartanah serta kenaikan pangkat kepada Staff Sergeant dalam Angkatan Tentera Filipina.
Abraham Tolentino, presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina, memberitahu beliau sebelum ini memberikan rumah dan tanah kepada pemenang pingat menggunakan wangnya sendiri.
Di Paris 2024, Filipina sudah memenangi dua pingat emas menerusi atlet gimnastik Carlos Yulo.
Iraq
Menurut pegawai, pemain bola sepak Iraq masing-masing menerima lebih daripada 9 juta dinar Iraq (RM30.9 juta) dan sebidang tanah kerana melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
Atlet angkat berat Ali Ammar Yasser menerima sebuah kereta dan sebidang tanah selepas layak ke temasya itu dan dijanjikan berjuta dolar jika dia membawa pulang sebarang pingat.
Malaysia
Atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas Olimpik di Paris tidak akan berasa lapar, dengan pesanan makanan percuma dijanjikan oleh syarikat penghantaran dan pengangkutan Grab selama setahun.
Mereka turut akan menerima kereta Chery SUV selain pangsapuri mewah dijanjikan pemaju perumahan Top Residency, menurut kerajaan.
India
Apabila Neeraj Chopra menang emas merejam lembing di Tokyo dia dijanjikan penerbangan percuma tanpa had selama setahun oleh syarikat penerbangan IndiGo dan kereta SUV tujuh kerusi baharu oleh seorang ahli perniagaan.
Singapura
Selepas Joseph Schooling melakar sejarah pada temasya Rio 2016 dengan mengalahkan perenang hebat Michael Phelps untuk memenangi emas acara 100m kuak kupu-kupu, Grab menawarkan pengangkutan percuma kepadanya dan keluarganya selama setahun, yang dikongsikannya bersama seorang tukang urut buta dan seorang perenang para.
Singapore Airlines menyumbang perjalanan percuma sejauh satu juta batu, manakala kerajaan memberikan S$1 juta (RM3.38 juta) bagi pemenang pingat emas.
Hong Kong
Kerajaan Hong Kong memberikan atlet lawan pedang yang memenangi emas di Paris, Vivian Kong dan Cheung Ka-long tiket percuma sistem kereta api bawah tanah MTR bandar raya itu sepanjang hayat dan menjanjikan perkara sama kepada pemenang pingat lain.
Hong Kong Jockey Club turut memberikan pemenang emas individu HK$6 juta (RM3.46 juta).
Rangkaian gimnasium Pure menawarkan keahlian seumur hidup kepada semua 35 atlet Hong Kong yang bertanding di Paris manakala syarikat penerbangan Cathay Pacific berkata ia akan memberi semua pemenang pingat perjalanan kelas perniagaan percuma selama setahun. – AFP