Ini Identiti Sebenar Penembak Sempoi Dari Turki Yang Viral Di Olimpik.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sukan Olimpik dianggap sebagai pertandingan sukan terulung di dunia. Dengan lebih daripada 200 pasukan mewakili negara dan wilayah berdaulat mengambil bahagian.
Sukan Olimpik biasanya diadakan setiap empat tahun dan sejak 1994. Telah bergantian antara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk setiap dua tahun dalam tempoh empat tahun.
Setelah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. Tibalah pula giliran untuk Sukan Olimpk 2024 di Paris, Perancis. Apa yang menarik perhatian baru-baru ini ialah. Seorang peserta menembak Turkiye. Gambarnya jadi tular di media sosial dengan gayanya yang santai.
Aura dan aksi bersahaja atlet penembak lelaki Turkiye. Yusuf Dikec menjadi bualan kalangan peminat sukan seluruh dunia pada Selasa.
Manakan tidak, atlet berusia 51 tahun itu juga merupakan atlet tertua. Daripada keseluruhan 33 peserta yang mengambil bahagian dalam acara 10 meter (m) air pistol lelaki.
Yusuf Dikec, bersama rakan sepasukannya, Sevval Ilayda Tarhan. Meraih tempat kedua dalam acara pistol udara 10m pasukan campuran. Walaupun Dikec hanya membawa peralatan yang terhad ke pertandingan tersebut.
Aksi Yusuf Dikec menjadi tular sejak Rabu selepas gambar dirinya dikongsi di media sosial. Tanpa memakai cermin mata khas atau pelindung telinga, yang biasa digunakan oleh atlet penembak di Olimpik.
Dikec sebaliknya hanya memakai cermin mata biasa dan penutup telinga.
Walaupun begitu, dia masih mampu menewaskan kebanyakan pesaingnya.
Lebih mengagumkan lagi, dengan peralatan terhad serta tangan di dalam poket semasa menembak, ia tidak menjadi penghalang buat Yusuf Dikec untuk mengalahkan pesaingnya sekali gus menjadikannya Yusuf Dikec legenda segera di Sukan Paris.
Untuk rekod, Yusuf Dikec mula menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 dan ini merupakan pingat pertamanya di Sukan Olimpik.
SIAPAKAH YUSUF DIKEC?
Tetapi, ramai tidak tahu bahawa Yusuf yang merupakan anak jati daerah Kahramanmaras, Turkiye merupakan bekas anggota tentera sebelum menceburi bidang menembak secara serius.
Namun, perkhidmatannya dalam badan beruniform itu tidaklah memakan masa terlalu lama apabila pada 2001, dia sudah menunjukkan minat dalam sukan menembak, setahun selepas menamatkan pengajian daripada akademi.
Yusuf Dikec pernah berkali-kali menyertai pertandingan, termasuk yang dianjurkan badan beruniform Turki.
Antara pencapaian terbaik dimilikinya adalah muncul juara peringkat kebangsaan sebanyak beberapa kali selain memecahkan rekod dalam sukan berkenaan.
Menurut statistik, Yusuf Dikec kini memegang rekod dalam kategori pistol udara lelaki dewasa di Turkiye dengan 585 mata diraih selain rekod dalam Badan Ketenteraan Turki (TAF) selepas pernah memungut 587 mata.
Selain itu, atlet tersebut pernah menyertai pertandingan sekitar Eropah dengan pelbagai pingat emas berada dalam koleksinya, termasuk dalam Kejohanan Eropah.
Bagaimanapun, selepas lebih 20 tahun menceburi sukan itu, Yusuf Dikec akhirnya mewakili Turkiye dalam temasya Olimpik yang menyaksikan dia berjaya meraih pingat perak dalam penampilan pertamanya.