Ini Keadaan Terkini Anak-Anak Cikgu Istiqomah. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : MELAKA – Suami kepada Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33. Mengakui sebak dan sedih dengan nasib tiga anaknya yang begitu merindui ibu mereka. Termasuk anak sulung yang didakwa ‘mencuri-curi’ untuk melihat gambar mangsa.

Anak

Mohd Yusoff Mokhtar, 35, berkata. Saat ini apa yang lebih penting adalah menjaga emosi anak-anak Naura Auni,9, Naufal Amzar, 6, dan Nayla Aisya, 4.  Yang sedih menonton berita kematian ibu mereka di televisyen.

Menurutnya, biarpun berat untuk melaluinya. Namun, sebagai bapa dia telah menjelaskan apa yang berlaku kepada anak-anaknya.

KEADAAN ANAK-ANAK

Anak sulung terutamanya suka curi-curi tengok gambar arwah kerana dia rindu.

“Tapi bila perasan saya melihat tindakannya itu. Dia akan sembunyikan gambar kerana tidak mahu saya bersedih,”. Katanya sebak ketika dihubungi pemberita di sini, pada Selasa.

Tambah Mohd Yusof, ada waktunya ketiga-tiga anaknya itu akan termenung, berdiam diri dan membisu mungkin terlalu rindukan arwah.

“Kalau menangis mereka akan panggil mama. Iaitu panggilan kepada arwah namun saya perlu sembunyikan keperitan hati ini untuk memberi kekuatan kepada anak-anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Yusof turut merayu orang ramai. Supaya tidak mengaitkan lelaki itu sebagai bekas kekasih isterinya kerana mereka hanya berkawan di maktab perguruan sebelum ini.

JANGAN TAMBAH KESEDIHAN

“Janganlah ditambah kesedihan saya. Tapi doakanlah saya dan tiga anak-anak yang masih kecil terus kuat mendepani pembunuhan kejam ini.

“Saya juga berharap dapat segera menuntut jenazah arwah. Untuk dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan selepas lapan bulan kematiannya tidak bernisan,” ujarnya lagi.

Terdahulu dilaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu. Akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

anak

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan guru Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang Johor, Istiqomah Ahmad Rozi,33, yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Menurutnya, risikan yang dijalankan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.

BERITA BERKAITAN

KRONOLOGI KES BUNUH CIKGU ISTIQOMAH

Kehilangan seorang guru dari Sekolah Kota Masai 3, di Pasir Gudang, Johor dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, menggemparkan negara apabila berita kehilangannya akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala ditemui pada 31 Disember lalu adalah miliknya.

[26 Disember 2023]

-Cikgu Istiqomah yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat 57 kilogram hilang sejak 26 Disember, kira-kira jam 8 pagi.

– Namun, kereta ibu kepada tiga cahaya mata itu telah dijumpai sekitar area Lotus Kota Masai pada 27 Disember sekitar jam 2 petang bersama kunci. Bagaimanapun Cikgu Istiqomah sendiri tidak kelihatan.

– Yusni memaklumkan pihak keluarga membuat laporan polis.

– Beliau juga memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi pasaraya itu atau Eco Tropics pada 26 Disember sekitar 10.30 pagi hingga 11 pagi menghubunginya mendapatkan rakaman video dashcam.

[28 Disember 2023]

– Sementara itu, portal berita tempatan melaporkan suami Cikgu Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, setia menunggu kepulangan isterinya yang tercinta.

– Mohd Yusof yang bertugas sebagai juruteknik berikhtiar pelbagai cara dalam pencarian isterinya termasuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam.

– Melalui seorang ustaz yang ditemui, beliau dimaklumkan isterinya memang mahu pulang, tetapi mempunyai halangan iaitu seperti ada ‘seseorang’ yang memegangnya.

– Mengetahui isterinya masih di dalam negara, Mohd Yusof berharap individu berkenaan lembut hati melepaskan dan memulangkan wanita itu kembali kepada keluarga.

– Mohd Yusof berkata, anak sulung mereka berusia sembilan tahun sudah memahami kehilangan ibu mereka dan kerap termenung memberitahu rindu akan wanita itu.

 

– Difahamkan dua lagi anaknya yang berusia empat dan enam tahun masih belum mengerti dan menganggap ibu mereka yang bekerja sebagai seorang guru, keluar ke sekolah.

– Kata Mohd Yusof, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya yang menjadi lokasi kereta Cikgu Istiqomah ditemui, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu namun kelibat isterinya tidak kelihatan.

– Mohd Yusof mengakui tidak mengenali lelaki itu yang seolah menutup wajahnya sehingga sukar dilihat.

KETIKA HARI KEJADIAN

– Katanya lagi, pada hari kejadian, beliau keluar bekerja pada jam 6.30 pagi dan keadaan di rumah ketika itu seperti biasa.

– Difahamkan ketika itu cuti sekolah dan Cikgu Istiqomah tidak bekerja.

– Bagaimanapun, ketika pulang ke rumah pada pukul 6 petang, Cikgu Istiqomah didapati tiada di rumah sedangkan isterinya itu tidak ada memberitahu akan ke mana-mana. Apabila bertanya kepada anak saya, mereka berkata guru wanita itu ke sekolah.

– Mohd Yusof segera mencari Cikgu Istiqomah di sekolah namun pengawal keselamatan sekolah maklumkan isterinya tidak ada ke sana.

– Beliau juga menghantar mesej kepada Cikgu Istiqomah menerusi aplikasi WhatsApp namun mesej tersebut itu tidak sampai.

– Mohd Yusof berkata, tiga hari pertama selepas hilang, ‘Cikgu Istiqomah’ ada menghantar mesej tetapi ayat-ayatnya tidak seperti ditulis beliau. Malah lelaki itu juga memaklumkan selepas mesej dihantar telefon bimbit milik isterinya seperti ditutup.

– Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan tentang laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada 27 Disember 2023 pada jam 12.36 tengah malam.

– Kehilangan Cikgu Istiqomah cuba dikesan dan penyiasatannya masih dijalankan.

[31 Disember 2023]

– Mayat wanita ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka. Identiti belum dikenal pasti.

 

cikgu

[12 Ogos 2024]

– Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan identiti mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui pada 31 Disember milik Istiqomah Ahmad Rozi.

 

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply