Ini Keadaan Terkini Tun Dr. Mahathir. | PETALING JAYA: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu satu sumber terdekat memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu sudah mula bercakap.

“Alhamdulillah, keadaan Tun terus stabil dan mula sedar sepenuhnya dan boleh bercakap,” katanya di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Terdahulu dilaporkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan jurucakap bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

“Ya, beliau dalam CCU,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Pengamal media masih lagi menanti di pekarangan IJN di sini sejak pukul 1 petang tadi bagi mengikuti perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Ia susulan timbul dakwaan Dr Mahathir berada dalam keadaan membimbangkan.

Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan keluar dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply