Ini Luahan Keluarga Angkat Adik Lepas Selesai Pengebumian.

| January 31, 2021 | 1 Comment

Ini Luahan Keluarga Angkat Adik Lepas Selesai Pengebumian. | JASIN – “Umi reda dengan apa yang berlaku, terima kasih kepada keluarga ibu kandung yang bekerjasama hingga selesai pengebumian Adik,” kata Norlida Abu Hassan, 50, ibu angkat kepada kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera.

Norlida yang ditemui setelah selesai proses pengebumian itu berkata, arwah Adik datang dalam mimpi salah seorang anaknya dan meminta agar dipercepatkan urusan pengebumian tersebut.

“Abang dia mimpi, dia (Adik) datang minta percepatkan jangan lambat-lambat, muka dia tenang sahaja macam sedang tidur, bersih wajahnya,” katanya.

Norlida yang mengalirkan air mata berkata, dia akan selalu datang untuk menziarahi pusara Adik biarpun hasrat untuk semadikan jenazah Adik di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Selangor tidak kesampaian.

Menurutnya, dia sekeluarga bersyukur kerana diberi peluang menatap wajah Adik buat kali terakhir di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

“Bila umi lihat, wajahnya tenang seperti sedang tidur, umi tahu dia sedang menunggu umi datang,” katanya.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh pada Isnin kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Jenazah yang dituntut oleh keluarga ibu kandungnya telah dibawa ke Madrasah As Syakirin untuk dimandikan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

Sumber : SH

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *