Ini RESPON DS Najib Razak Yg MENGEJUTKAN Terhadap Surat Tun M. | PETALING JAYA: Najib Razak mendedahkan Dr Mahathir Mohamad selalu memberi tekanan kepada beliau untuk menyokong projek-projek kroni Ahli Parlimen Langkawi itu sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Najib Vs Tun M

Najib berkata demikian sebagai respon kepada surat kedua Mahathir kepada pengundi Johor yang tidak mahu dirinya kembali berkuasa.

“Mungkin dia pernah tekan Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) untuk sokong saya tapi masalahnya ialah selepas saya jadi Perdana Menteri Tun (Mahathir) asyik tekan saya untuk sokong projek-projek kroni kamu juga.

“Bila saya tolak, Tun meroyan pulak dan mula mencorak langkah untuk berkomplot dengan Muhyiddin (Yassin) untuk jatuhkan saya pada tahun 2014 sebelum 1MDB menjadi isu. Anak Tun sendiri yang mengaku ini di mahkamah dan kantoikan kamu serta Muhyiddin,”katanya.

Terdahulu Mahathir mengakui beliau malu untuk “meratib” nama Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara, namun berbuat demikian bagi memastikan Ahli Parlimen Pekan itu tidak kembali berkuasa.

Mahathir turut memaklumkan pada awalnya beliau menyokong kepimpinan Najib sebagai perdana menteri kerana yakin keupayaannya dan juga terhutang budi kepada Abdul Razak Hussein yang mengangkat karier politiknya.

“Malangnya Najib bukan seperti bapanya, Tun Razak seorang nasionalis pejuang bangsa yang bermaruah. Najib pula mencuri wang negara dengan bantuan Jho Low,” katanya.

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply