Inilah Khasiat Buah Delima Yang Perlu Anda Tahu. Jom Cuba!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Buah delima, sejenis buah yang habitat aslinya dari negara Timur Tengah dan secara umumnya, buah delima hanya mempunyai tinggi sekitar empat hingga sembilan meter.

Inilah Khasiat Buah Delima Yang Perlu Anda Tahu. Jom Cuba!

Selain rasanya yang enak, buah delima mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit sekiranya ia diambil secara teratur.

Kandungan buah delima yang kaya dengan vitamin C, A dan E serta antioksidan dan zat besi mampu memperlambatkan proses penuaan serta memberi pelbagai khasiat pada kulit.

Antara khasiat buah delima termasuk:

1. Membantu mengatasi masalah kulit

Masalah kulit seperti bintik hitam serta pigmentasi antara masalah kerosakan kulit yang cukup membimbangkan. Buah delima mampu melindu­ngi lapisan kulit luar dan memperbaiki sel kulit dari dalam serta ia juga boleh menyembuhkan luka.

 

2. Menghilangkan jerawat

Masalah jerawat pastinya mengganggu setiap wanita yang sering bimbang penampilan diri akan terganggu dek jerawat. Buah delima ialah sumber vitamin C yang mampu mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Buah delima juga mampu mengatasi masalah pencernaan serta mening­katkan peredaran darah menjadi lebih sihat sekali gus membantu menghilang­kan jerawat.

 

3. Mengatasi kulit kering

Buah delima memiliki struktur molekul yang tergolong kecil dan mampu meresap hingga ke dalam kulit serta mampu me­lembapkan kulit, mengatasi kulit bermasalah dan mengatasi kulit kering. Ia memberikan kelembapan semula jadi pada wajah.

 

4. Mengatasi kulit berminyak

Buah ini sering dimanfaatkan sebagai bahan semula jadi yang digunakan menjadi produk kecantikan. Ini kerana, buah delima yang mengandung minyak delima sangat bermanfaat dalam mengatasi kulit yang berminyak, mengatasi kedutan pada kulit serta menghilangkan jerawat.

 

5. Mencegah proses penuaan

Pengambilan buah delima atau jus delima secara konsisten dapat meremajakan kulit dan mampu melambatkan proses penuaan kulit wajah.

 

6. Melindungi kulit daripada sinaran matahari

Buah delima dapat membantu untuk melawan pancaran matahari yang menjadikan buah ini sangat bagus untuk kecantikan kulit. Ia mengandungi banyak antioksidan yang berperanan penting untuk mencegah kerosakan kulit yang terjadi kerana radikal bebas.

 

7 Fakta Nutrisi Buah Delima

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:

Inilah Khasiat Buah Delima Yang Perlu Anda Tahu. Jom Cuba!

  • Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
  • Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  • Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
  • Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
  • Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
  • Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
  • Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.

 

KHASIAT DARI SUDUT KESIHATAN

Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

Inilah Khasiat Buah Delima Yang Perlu Anda Tahu. Jom Cuba!

Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.

Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).

Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.

Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.

Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.

Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.

Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.

Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.

Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.

Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.

Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.

Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.

Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

 

KESIMPULAN

Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari. Buah ini agak murah dan tidaklah terlalu mahal, kerana ia senang untuk ditanam dan sesuai dengan iklim di Malaysia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjang, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian anda.

Share.

Leave A Reply