Zara Qairina

Inkues Zara Qairina: Saksi Kanak-Kanak Bongkar Pengalaman Sendiri Dipanggil Senior

“Saksi ketika junior juga mengatakan pernah dipanggil pelajar senior”


 

Kota Kinabalu: Saksi kanak-kanak ke-11 turut mengaku pernah dipanggil pelajar senior. Ketika masih junior beberapa tahun lalu kerana dituduh mencuri makanan senior.

Saksi ke-20 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir itu. Memberitahu perkara berkenaan kepada Mahkamah Koroner ketika ditanya peguam mengenai kejadian menimpa arwah sebelum ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Julai lalu.

Peguam Joan Goh yang mewakili seorang tertuduh kanak-kanak dalam inkues itu berkata. Saksi berkenaan sebelum itu mengaku mengetahui mengenai arwah Zara Qairina dipanggil senior. Ia berhubung kes kehilangan kad bank kawan arwah dan lencana Jalur Gemilang ketua bilik.

“Saksi ketika junior juga mengatakan pernah dipanggil pelajar senior. Sebab apa dipanggil, saksi hanya ingat kerana saksi disyaki mencuri makanan pelajar senior,” katanya. Menceritakan semula keterangan saksi pada prosiding hari ke-21 di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.

Joan berkata, saksi bersetuju bahawa pada malam 15 Julai lalu. Apabila arwah Zara Qairina disyaki mencuri dan pelajar senior berjumpa dengan arwah. Ia hanyalah pelajar senior menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pelajar senior.

Sementara itu, katanya saksi memberitahu mahkamah bahawa pada kira-kira jam 3.50 pagi pada 16 Julai lalu. Saksi terbangun sebelum seorang pelajar memaklumkannya ‘ada orang mati’.

“Pada jam lebih kurang 3.50 pagi, saksi bangun dan seorang pelajar beritahu saksi ‘ada orang mati’. Saksi dan semua pelajar yang lain berlari ke hujung tangga di depan bilik sebab ‘orang’ itu telah diangkat ke hujung asrama sementara menunggu ambulans sampai.

“Saksi kemudiannya pergi ke surau dan setibanya di surau barulah saksi tahu ‘orang’ yang dimaksudkan itu ialah arwah Zara,” katanya.

Joan berkata, pada jam 6.30 pagi 16 Julai lalu. Saksi menyatakan dia bersama-sama pasukan hoki sekolah pergi ke Kompleks Sukan Likas untuk menghadiri perlawanan hoki.

Katanya, sekembali saksi dari pertandingan itu pada kira-kira jam 6 petang, saksi mendapat tahu bahawa arwah Zara Qairina sudah dalam keadaan tenat.

“Saksi hanya tahu mengenai kejadian yang berlaku di bilik asrama selepas diceritakan oleh seorang pelajar. Menurut cerita daripada pelajar ini, tiada kejadian pukul berlaku ke atas Zara,” katanya.

Saksi katanya turut memberitahu mahkamah bahawa sepanjang mengenali arwah Zara Qairina, dia mendapati arwah adalah seorang yang baik dan suka menegur orang.

“Contohnya dia akan memberi salam kepada saksi – ‘Assalamualaikum kak’ dan Zara juga suka berkongsi makanan,” katanya.

Joan bersama Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan mewakili seorang kanak-kanak yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak yang juga saksi dalam inkues kematian arwah Zara Qairina.

 

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply