Zara Qairina

Inkues Zara. Saksi Kelapan Menitiskan Air Mata. Ini Puncanya.

“Saya tidak cuba melindungi pembuli atau (sekiranya ada) pembunuh Zara.”


 

Kota Kinabalu: Saksi kelapan inkues menitiskan air mata. Ketika dia memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan. Mahupun kakitangannya tidak pernah cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Azhari Abd Sagap berkata. Di sebalik usahanya menyelamatkan remaja berusia 13 tahun itu pada 16 Julai, menemani Zara Qairina dan ibunya di hospital sedaya mungkin, menghadiri pengebumian arwah di Sipitang dan memberi kerjasama penuh kepada polis, beliau dan pihak sekolah masih berdepan tohmahan.

TIDAK LINDUNGI PEMBULI

“Saya tidak cuba melindungi pembuli atau (sekiranya ada) pembunuh Zara. Jika saya mahu melindungi (pembuli), saya tidak akan memberitahu polis apa yang berlaku pada malam 15 hari bulan. Saya adalah orang yang berurusan secara langsung dengan polis.

“Apa sahaja yang polis minta, sesiapa sahaja yang mereka mahu saya bawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Papar… Saya kumpulkan (bukti) dan serahkan rakaman audio Kak M. Saya yang kenal pasti dia kepada polis.

“Apabila polis siasat sama ada audio itu tulen, saya yang terangkan kepada mereka,” katanya kepada mahkamah ketika disoal oleh peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah di hadapan koroner Amir Shah Amiri Hassan.

Fikry, yang mewakili salah seorang tertuduh kanak-kanak berkaitan kes Zara Qairina, bertanya mengenai tohmahan yang dihadapi saksi dan pihak sekolah selepas Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.

Siapa Kak M?

Warden berusia 31 tahun itu, yang juga guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, menjelaskan bahawa Kak M adalah seorang pelajar yang baik dan bukannya gadis yang wajahnya tular di media sosial seperti didakwa.

“Bagi saya, tuduhan terhadap pelajar itu kejam. Hanya kerana dia orang pertama yang jumpa Zara, orang menuduhnya. Kalau bukan kerana dia, apa yang akan berlaku? Zara mungkin sudah kehilangan nyawanya di sana jika dia tiada. Tetapi ini balasan yang dia terima.

“Sama seperti saya… apabila saya cuba selamatkan Zara pagi itu, saya bawa dia ke hospital, saya hubungi 991 untuk ambulans dan saya berada di sana sehingga petang tanpa sempat mandi. Adakah ini yang patut saya dapat? Patutkah sekolah saya menanggung semua ini?” katanya.

Mengenai Kak M, Azhari berkata, perkara itu timbul sekitar Mei tetapi tiada sebarang aduan daripada Zara Qairina atau ibunya.

“Itu persoalan saya. Mengapa tiada aduan? Mengapa tiada aduan daripada Zara? Sepatutnya ada aduan daripada ibunya, tetapi tiada. Langsung tiada,” katanya.

Azhari, yang berkhidmat di sekolah itu dari 2020 hingga tahun ini, berkata beliau berasa terharu kerana Zara Qairina ada menyebut tentang subjek ajarannya di dalam diarinya.

“Saya pernah beritahu kelas saya, ‘Kalau tidak mahu tutup aurat betul-betul dan pakai sarung tangan, lebih baik kamu baling batu pada ayah kamu.’ Selepas itu, Zara mula memakai sarung tangan berwarna putih.

“Saya juga mempersoalkan dan menuntut keadilan. Mengapa dalam usaha menuntut keadilan, kami pula yang berdepan ugutan?” katanya.

Prosiding inkues akan bersambung pada sebelah petang.

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply