Seorang wanita yang juga isteri ketiga didakwa di Makhamah Seksyen di sini pada Selasa. Ini adalah atas tuduhan mencederakan madunya yang juga isteri keempat dengan parang, pada hari Sabtu lalu.
Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Roslan, 36, yang tertuduh atas kesalahan walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Che Ruslyzay Shawaratuaini, seorang penternak kambing yang tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa yang berusia 41 tahun menggunakan parang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 4.30 petang, 15 Oktober lalu di hadapan sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol.
Tertuduh, iaitu isteri ketiga, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia bertindak demikian kerana mahu mempertahankan diri.
Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebutan semula kes berkenaan akan ditetapkan pada 5 Disember ini.
Rata-rata komen di Facebook berasa marah dengan sang suami yang terlepas dari kesalahan. Netizen mengatakan yang suami memainkan peranan penting dalam mewujudkan kedamaian dalam sesebuah kekeluargaan.
Sumber: Sinar Harian