Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Isu Jawatan Bertaraf Menteri. Ini KOMEN Tun Mahathir. | KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan sebarang jawatan bertaraf menteri perlu disemak semula bagi memastikan individu yang dilantik sesuai dengan kriteria jawatan tersebut.

 

 

Ini kerana, beliau berpendapat, jawatan bertaraf menteri dilihat seolah-olah seperti satu sogokan kerana tiada kriteria ditetapkan terhadap individu yang boleh memegang jawatan tersebut.

“Sekarang ini, kita lihat satu amalan yang tidak diperuntukkan oleh perlembagaan, kita dapati ramai daripada orang yang dilantik ke jawatan-jawatan tertentu yang juga tidak ada dalam perlembagaan dan apabila dilantik dan diberi taraf menteri, tidak ada kriteria ditentukan bagaimana taraf menteri ini diberi kepada mana-mana jawatan.

“Tetapi yang kita tahu, apabila taraf menteri diberi, maka dia akan dapat segala kemudahan-kemudahan diberi kepada menteri, ini satu jenis sogokan juga, kerana dia bukan tumpu kepada tugas yang nak dilakukan tetapi sebaliknya menumpu kepada upahan akan didapati oleh orang yang diberi taraf menteri,” katanya ketika sesi perbahasan Titah Diraja hari ini.

Mahathir mengakui beliau turut menawarkan individu dengan jawatan bertaraf menteri, namun ia ditawarkan kepada individu yang layak.

“Saya mengakui semasa saya jadi Perdana Menteri dahulu, saya juga telah melantik orang berjawatan menteri, tetapi jawatan itu diberi kepada seorang yang sudah bersara daripada politik.

“Sebabnya tugas dan kepakarannya dalam bidang tertentu, sepatutnya kita ada kriteria tertentu sebelum kita dapat lantik seseorang untuk mendapat taraf menteri.

“Jika tidak, dia akan jadi seperti sogokan kepada penyokong-penyokong kerajaan, ini harus ditamatkan dalam reformasi yang akan diadakan oleh kerajaan,” katanya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply