Jawatan TPM. Ini Komen Timbalan Presiden Bersatu.

| August 24, 2021 | 0 Comments

Jawatan TPM. Ini Komen Timbalan Presiden Bersatu. | IPOH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ini adalah kerana fokusnya kini tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.

“Will i be sad? (Adakah saya akan bersedih?). Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.

“Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam apa juga kapasiti, sekarang saya kembali dalam kapasti sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderiang.

“Dua tanggungjawab ini pun sudah cukup besar dan banyak dan kadang-kadang tak cukup masa untuk saya berikan perkhidmatan yang sebaik mungkin, jadi saya fikir untuk menjawab soalan itu, saya tak rasa saya akan sedih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media secara maya selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu, tumpuan negara kini terarah pada susunan Jemaah Menteri.

Pelbagai spekulasi mula dicanang dalam kalangan ahli politik berhubung senarai nama menteri Kabinet termasuk kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan, senarai nama menteri Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *