Jemaah Mengambil Peluang Iftar di Masjidil Haram | Khalifah Media Networks -Ribuan jemaah mengambil peluang iftar di Masjidil Haram sempena bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya.

jemaah

RIYADH: Ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang di Masjidil Haram sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa pada hari pertama berpuasa semalam.

Jamuan berbuka puasa turut diperluaskan di dalam Masjidil Haram iaitu di tempat-tempat yang ditetapkan. Sekali gus menyaksikan interaksi pelbagai budaya dan bangsa ketika berbuka puasa, lapor Arab News.

Sukarelawan yang dilantik badan-badan rasmi dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka turut mengagihkan juadah berbuka puasa di perkarangan masjid itu selepas dua tahun aktiviti itu dilarang akibat COVID-19.

Pemegang Dua Masjid Suci turut memberikan lebih daripada 2,000 permit untuk menyediakan juadah berbuka puasa khusus yang disediakan dan diedarkan di bawah garis panduan COVID-19.

Selain itu, mereka juga melarang penggunaan cawan plastik untuk minuman panas dan pengedarannya di koridor dan di pintu masuk masjid.

Sejumlah jemaah memuji aktiviti berbuka puasa ini selepas hampir dua tahun tidak dapat melaksanakannya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Kedah Benar Solat Jemaah Tanpa Penjarakan Fizikal 1 April Ini | Khalifah Media Networks – Kedah membenarkan solat berjemaah dilaksanakan. Namun mengikut kapasiti masjid atau surau di seluruh negeri ini. Tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki fasa endemik berkuat kuasa 1 April ini.

Ia melibatkan solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat manakala bagi aktiviti lain selain solat berjemaah, penjarakan fizikal masih diwajibkan.

Kebenaran itu turut merangkumi solat berjemaah bagi solat sunat tarawih, tahajud, witir dan lain-lain pada Ramadan ini.

Menurutnya, wirid dan doa selepas solat dilaksanakan secara ringkas dan bersesuaian.

Baca Selanjutnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply