Jumpa Mayat Reput Ketika Kemas Rumah.| Alor Gajah: Mayat lelaki ditemukan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mayat itu ditemukan adik kepada pemilik rumah berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah teres itu sudah tidak berpenghuni sejak 2005.

“Adik kepada pemilik rumah berkenaan datang semalam untuk mengemas. Semasa sedang mengemas, pengadu tidak menghidu sebarang bau busuk.

“Namun ketika hendak mengemas sebuah bilik, pengadu menjumpai mayat dalam keadaan terlentang. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka membuat pemeriksaan dan mendapati tiada unsur jenayah,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua beg di sisi mayat hampir reput itu.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini di Hospital Melaka.

Sumber : metro

Share.

Leave A Reply